Ular kecil yang sesuai dijadikan peliharaan | Ular peliharaan kecil yang manakah yang terbaik? Sebenarnya, ular yang lebih kecil lebih mudah dijaga. Ia hanya memerlukan ruang yang kecil serta penyelenggaraan kos yang lebih sedikit. Ular yang bersaiz kecil bukan sahaja comel tetapi kurang menakutkan berbanding ular yang besar.
Ular kecil yang sesuai dijadikan peliharaan.
Pengetahuan asas sebelum anda mengambil ular sebagai peliharaan
- Ular mempunyai jangka hayat yang tinggi – pastikan anda boleh memberi komitmen yang tinggi kerana ular boleh mencapai umur sehingga 20 tahun.
- Haiwan karnivor – pastikan anda selalu bersedia dengan makanan daging seperti tikus dan burung. Anda perlu mempunyai satu peti ais khas untuk menyimpan makanan beku ular ini seperti tikus beku.
- Ular liar yang ditangkap dari habitat asal – biasanya ular ini akan susah untuk membiasakan diri dengan persekitaran yang tertutup dan sempit. Jadi anda akan memerlukan masa dan komitmen yang panjang untuk menjinakkan kembali haiwan ini.
- Ular merupakan haiwan yang sangat pandai menyusup – anda perlu sentiasa memastikan tiada ruang yang mereka boleh tembusi. Pastikan anda mempunyai perumah ular yang boleh ditutup kuat dan rapat.
- Ketika memilih ular, pastikan anda cek tekanan mental dan kesihatan fizikal yang baik – pastikan ular yang anda hendak beli tidak memakan ekornya sendiri. Ular yang menggigit ekornya sendiri menunjukkan yang mereka mengalami tekanan mental yang kuat. Juga pastikan ular anda tidak berair hidungnya, tidak mempunyai kulit yang mengelupuh dan tidak sentiasa menutup matanya.
- Minta tunjuk ajar tentang cara memberi makan ular daripada yang lebih pakar – terutama sekali ular ball phyton, mereka mungkin agak agresif ketika hendak mengambil makanan.
- Pemberian tikus hidup – tikus hidup mungkin akan mencederakan ular anda. Pada asalnya mungkin ular anda lahir dari kurungan jadi ia tidak berpengalaman untuk memburu.
- Salin kulit – mungkin umum sudah mengetahui perkara. Pastikan anda bersedia untuk menghadapi situasi ini kerana ular yang sedang bersalin kulit berada dalam keadaan yang lemah.
- Berdarah sejuk – ini bermaksud mereka tidak boleh mengawal suhu dalaman mereka. Jadi anda perlu menyiapkan satu pemanas haba kecil supaya senang untuk ular mencerna makanan.
- Ular suka tempat yang hangat dan berhampiran kawasan yang ada banyak makanan – jadi jika ular anda terlepas keluar. Anda sudah boleh agakkan kemana mereka menyorok?
1. Ular Rosy Boa

sumber : pinterest.com
Ular Rosy Boa merupakan ular yang kecil dan comel. Ia boleh membesar maximum 2-3 kaki panjang. Mereka adalah binatang yang tidak berbisa, jinak, dan hadir dalam campuran warna dan corak yang luar biasa. Jangka hayatnya sehingga 25 tahun.
Ular Rosy Boa sangat licik untuk melarikan diri. Jadi pastikan kandang yang anda sediakan bebas daripada lubang yang boleh membuatkan ia melarikan diri.
2. Ular western hognose

sumber : snaesatsunset.com
Ular Western Hognoses mempunyai hidung yang sangat specific, yang menjadikannya ular peliharaan yang meneyronokkan. Tubuh badan mereka disesuaikan dengan keupayaan mereka untuk menggali tanah yang tidak padat. Mereka mempunyai badan yang gagah, tetapi sangat berbeza dari segi warna dan coraknya, dan secara keseluruhannya adalah ular yang sangat menyenangkan untuk pemula.
Jangan tertipu – ia mungkin menyerupai ular rattle yang berbisa, tetapi ular ini hanya mempunyai racun ringan, dimana ia digunakan untuk menundukkan haiwan mangsa kecil seperti katak dan kodok. Racun ini tidak dianggap berbahaya bagi manusia.
Ular ini yang masih baby boleh memliki panjang sehingga 2-3 kaki. Ula ini terlihat lebih besar berbanding pilihan ular kecil yang lain, tetapi ular western hognose masih dianggap dalam kategori ular kecil.
3. Ular ball phyton

thebiodude.com
Ball phyton sangat terkenal dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Ball phyton boleh hidup sehingga 30 tahun jangka hayat dan ia juga haiwan yang sangat suka menyusup. Jadi anda perlu sentiasa memastikan kandang mereka tidak mempunyai lubang untuk mereka lari.
Ular ball phyton sangat disukai penggemarnya kerana sifat dan sikap pemalunya. Mereka lebih suka duduk senyap bersembunyi tanpa diganggu. Jadi anda boleh menyediakan kotak persembunyian di hujung kandang. Ular ball phyton tidak akan membesar lebih daripada 3 kaki. Jadi ia sangat sesuai untuk dijadikan haiwan peliharaan.
4. Ular pemakan telur Africa

facebook.com
Ular pemakan telur yang berasal daripada Africa hanya boleh membesar sehingga 40 inci sahaja. walaubagaimanapun, ular ini mempunyai kulit yang sangat tebal dan beratnya boleh mencecah sehingga 300g. Ia boleh dianggap satu-satunya ular ‘vegetarian’. Ini kerana ular ini hanya memerlukan telur sebagai diet pemakanan dan tidak memerlukan daging haiwan lain.
Apa yang lebih menarik, ular jenis pemakanan telur ini tidak mempunyai gigi bahagian hadapan. Jadi anda tidak perlu risau lagi jika digigit oleh ular ini.
Ular kecil yang sesuai dijadikan peliharaan
5. Ular sand boa

sumber : indianewengland.com
Ular sand boa ialah haiwan peliharaan yang sempurna untuk pemilik ular kali pertama. Mereka lebih kecil daripada boas lain, dan biasanya sangat jinak dan senang diberi makan. Walaupun mereka tidak terlalu sosial tetapi ular ini sangat suka menggigit lo. Ular sand boa banyak menghabiskan masa di bawah teduhan. Ini membuatkan mereka sangat mudah dikendalikan dan kos penyelenggaraan yang rendah.
Yang paling popular dan senang didapati ialah Ular Kenya sand boa. Ular ini boleh tumbuh hingga 24 inci panjang. Sementara beratnya sangat berbeza bagi jantan dan betina ular spesis ini. Berat betina boleh mencecah 1kg sementara yang jantan hanya mencapai 150g sahaja.
6. Ular Milk Snake

sumber : thecritterdepot.com
Milk snake adalah beberapa ular yang paling popular untuk dipelihara kerana warnanya yang cantik dan sifatnya yang tenang. Ular milk snake dikategorikan sebagai ular kecil kerana kepanjangan maximumnya sekitar 4 kaki sahaja.
Ular milk snake dan ular king snake keduanya tergolong dalam genus Lamproletis, dan keduanya mengandungi pelbagai subspesies. Beberapa subspesies ular ini mempunyai rupa yang hampir sama dengan ular karang berbisa, dengan tali merah, hitam dan kuning.
Tetapi sebenarnya ular milk sanke tidak berbahaya. Ia sangat sesuai untuk dipelihara kerana saiz dan kecomelannya.
7. Ular corn snake

sumber : petmd.com
Ular corn snake ialah salah satu spesies yang paling popular di kalangan penjaga ular pemula. Mereka bersifat tenang, tahan lasak dan jarang menghadapi masalah ketika makan. Ular in boleh mencapai panjang maksimum 5kaki dan beratnya boleh mencapai 900g. Tetapi mereka termasuk dalam senarai ini kerana popularitasnya.
Ular corn snake memerlukan makanan berasaskan tikus samaada mati atau hidup. Daging daripada ayam mentah juga boleh dijadikan makanan mereka. Hasil daripada breeding daripada yang pakar, sehingga sekarang, ular corn snake boleh didapati dalam pelbagai warna dan pilihan.
8. Ular king snake

sumber : animals.sandiegozoo.com
Ular King snake mendapat namanya kerana sifatnya yang akan memakan ular lain bahkan spesisnya sendiri. Jadi anda tidak disarankn meletakkan dua ekor ular dalam satu perumah.
Terdapat banyak jenis ular kingnakes yang berbeza dari segi saiz dan ukuran. Ular ini boleh membesar sehingga mencapai 3 kaki panjang atau lebih. Ular king snake sangat popular dalam kalangan pemula pembela ular.
Kesimpulannya, terdapat banyak lagi jenis ular kecil yang sesuai untuk anda jadikan peliharaan. Ular-ular ini tidak mempunyai bisa yang boleh membunuh manusia.
Nota kaki : hmm,sebenarnya min dah lama teringin nak bela ular. Tengok je kat kedai pet ada ular kecik-kecik comel ja. Jadi min engat suatu hari nanti min nak bela seekor ular macam diatas.
Baca juga :
- 6 haiwan liar yang kini dipelihara dirumah
- 5 Ikan yang sesuai dibela dalam akuarium hiasan
- 10 haiwan yang comel dan kecil sesuai dipelihara
- 8 haiwan yang paling setia kepada manusia
sumber : onurbicycle.com, pethelpful.com,