Banyak rupanya fungsi vaseline petroleum jelly..| Vaseline merupakan jenama produk yang berasaskan jeli petroleum yang dikeluarkan oleh syarikat Unilever, Amerika.

Selain mengeluarkan produk asas petroleum jeli, Unilever juga turut mengeluarkan fungsi lain vaselin seperti pelembap kulit, sabun, rawatan bibir dan sebagainya.

fungsi vaseline petroleum jelly
Produk vaseline yang paling terkenal. Kredit foto : shopee.com.my

Banyak rupanya fungsi vaseline petroleum jelly

Fungsi yang paling terkenal dengan vaseline jeli petrolium original ini ialah melindungi dan mengunci kelembapan pada kulit yang kering.

Vaseline ini juga sesuai digunakan untuk kulit yang kering, sensitif dan stress. Ia terbukti secara klinikal mampu memulihkan kulit yang kering dan rosak.

Jom lihat 8 fungsi lain vaseline yang mungkin anda tidak tahu.

1. Memanjangkan bulu mata dan melebatkan bulu kening

Campurkan sebahagian minyak kelapa dengan sebahagian vaseline original. Untuk jadikan jeli vaselin cair, panaskan atas api dengan menggunakan sudu logam.

Kemudian sapukan pada bulu mata dan kening menggunakan berus yang sesuai. Amalkan sebelum tidur atau mengikut kerajinan anda.

2. Pewarna rambut

Sapukan vaselin pada garis rambut anda sebelum menggunakan pewarna rambut. Ia bagi mengelakkan pewarna daripada mengotorkan kulit anda.

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Vaseline jeli petroleum original bukan sahaja mencegah kulit daripada terkena kotoran, malah minyak ini membantu menghilangkan pewarna rambut ini yang terkena pada rambut anda.

3. Melembutkan kutikula

‘cuticle’ atau kutikula ni apa? Kutikula ialah kulit keras yang terbentuk pada bahagian anggota yang keras seperti kuku. Kutikula walauoun keras tetapi ia juga bersifat melentur. Lihat gambar dibawah untuk lebih kepastian.

fungsi vaseline petroleum jelly
Bahagian kutikula pada kuku. Kredit foto : softsurrounding.con

Cara pemakaian ialah sapukan dan urutkan sedikit vaselin pada bahagian kutikula untuk mendapatkan kuku yang lebih cantik.

4. Melembutkan bibir

Amalkan mengoles sedikit vaseline dibibir anda untuk mendapatkan bibir yang sihat dan cantik. Sebaiknya dilakukan sebelum tidur supaya vaseline dapat berkerja merawat bibir dengan lebih baik.

5. Menghilangkan makeup

Anda kehabisan makeup remover? Jangan risau. Gunakan vaseline untuk menghilangkan lipstiick dan makeup mata yang degil nak hilang.

Caranya hanya perlu oleskan vaseline pada bibir atau mata ada kemudian lap dengan tissu muka.

6. Gel kening

Gunakan vaseline untuk mendapatkan kening yang terduduk rapi.

Penggunaan vaseline pada kening juga membuatkan kening anda lebih kemas, gelap dan tersusun.

7. Membersihkan muka daripada blackhead

Anggota yang biasa tumbuh blackhead ini ialah hidung. Sapukan blackhead dihidung anda, kemudian biarkan dia rehat sekejap dalam 5 minit.

Ambil tisu muka, dan lapkan hidung anda daripada jeli vaseline.

8. Merawat tumit kaki

Tumit kaki anda merekah dan keras? Jangan risau. Vaseline mampu melembutkan kembali tumit kaki anda.

Hanya perlu oleskan kaki anda dengan vaselin sebelum tidur. Untuk lebih selamat, selepas dioles dengan vaseline, gunakan pplastik untuk mengikat bahagian yang perlu dirawat.

Baca juga :

Sumber info :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like