Punca dan cara merawat mulut berbau..| Mulut yang berbau menyebabkan kesukaran untuk berkomunikasi dengan orang. Apatah lagi masaalah ini menjadi sangat besar jika anda bekerja dalam sektor yang perlu anda bercakap dengan orang ramai.
Sebelum anda baca tentang cara untuk merawat mulut berbau, jom lihat dulu punca-punca yang mungin menyebabkan ia berbau.
Punca mulut berbau
Mulut berbau biasanya dikaitkan dengan keadaan baru bangun tidur ataupun pengambilan bawang putih. Tetapi sebenarnya punca mulut berbau adalah lebih daripada itu. Bahkan ia tidak boleh dihilangkan dengan hanya menggosok gigi.
Didalam bahasa perubatan, mulut yang berbau dangat teruk dipanggil sebagai ‘halitosis‘.
1. Jenis pemakanan dan minuman yang diambil
Jenis makanan dan minuman yang diambil sangat mempengaruhi mulut anda.
Makanan yang biasa dikaitkan dengan mulut berbau ialah bawang, bawang putih dan rempah ratus.
Bagaimana makanan ini menyebabkan mulut anda berbau? Kebiasaannya, makanan ini yang didalam mulut dan celah-celah akan mengeluarkan bau yang tidak enak.
Selain itu, makanan ini yang memang asalnya mempunyai bau yang tidak enak akan turut dibawa melalui saluran darah sekaligus dikeluarkan melalui peluh.
Darah yang sudah bercampur dengan bau yang tidak enak ini akan melalui paru-paru anda seterusnya dikeluarkan melalui mulut.
2. Merokok
Perokok tegr mungkin tidak perasaan keadaan mulut mereka. Tetapi orang sekitar boleh menilai bau yang keluar daripada mulut seorang perokok.
Selain memberi kesan buruk kepada bau mulut, merokok juga boleh menyebabkan penyakit lain kepada mulut seperti pembengkakkan gusi, menyebabkan gigi berkarang dan buruk dan mengurangkan deria rasa.
Jadi, sebenarnya terlalu banyak faedah jika anda berusaha untuk meninggalkan tabiat ini.
3. Kebersihan mulut yang kurang dijaga
Tabiat malas untuk memberus gigi dan berkumur-kumur selepas akan dan sebelum tidur akan memberi kesan yang buruk kepada kesihatan mulut.
Mulut dan gigi yang jarang diberus menyebabkan bakteria tidak disingkirkan sekaligus menyebabkan mulut berbau. Selain itu, malas menggosok gigi juga menyebabkan batu karang tumbuh dan menguningkan gigi anda.
4. Mulut yang kering
Mulut yang terlampau kering menunjukkan mungkin anda mempunyai masaalah dengan saluran air liur didalam mulut.
Waktu pagi merupakan waktu dimana mulut anda paling kering. Sebab itulah kalau anda perasaan, bau mulut pada waktu pagi sangatlah busuk.
Sebab utama mulut berbau ketika mulut kering ialah bakteria yang membiak. Faktanya, bakteria lebih mudah membiak jika mulut kering berbanding mulut yang lebih lembab.
5. Ubat-ubatan
Sesetengah ubatan boleh menjadi punca kepada mulut berbau. Terutamanya ubatan yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit yang berkaitan dengan sistem pembuangan air kencing.
Punca mulut berbau disebabkan ubatan ini adalah sesuatu yang diluar keupayaan kita untuk mengelaknya. Jadi, penjagaan kesihatan mulut perlu diamalkan untuk mengurangkan kesan mulut berbau ini.
6. Diet karbohidrate
Diet karbo merupakan diet yang paling banyak dilakukan oleh orang-orang kerana keberkesanannya lebih cepat dan berkesan.
Akan tetapi, salah satu kesan daripada diet ini ialah ia menyebabkan mulut anda berbau. Kenapa ia berlaku?
Ketika proses diet karbo dilakukan tubuh akan membakar lemak untuk membentuk tenaga kepada badan. Bagaimanapun, ketika proses membakar lemak ini berjalan, bakan kimia kketon akakn dlepaskan didalam nafas anda.
Cara merawat mulut berbau dengan cepat
Ketidakselesaan orang lain terhadap bau mulut kita kadang-kadang tidak diberitahu. Jadi perlu selalu anda cek sendiri tahap kebersihan mulut anda.
Bagaimana jika anda perlu segera membuang bau mulut untuk beraktiviti?? Lihat 5 cara berikut yang boleh menghapuskan bau mulut dengan segera. Tetapi perlu diengatkan bahawa cara ini hanya berkesan untuk sementara waktu sahaja.
- Sediakan gula-gula pudina tanpa gula – Gula-gula pudina sangat membantu menyegarkan nafas anda sebelum anda memulakan sesuatu mesyuarat. Gula-gula pudina tanpa gula juga boleh diambil dengan kerap selagi mana ia mempunyai kandungan gula yang sangat rendah. Kerana anda tidak perlu risau tentang kesan masaalah lain pula.
- Berkumur dan minum air kosong – Jika masaalah mulut berbau disebabkan mulut anda yang sangat cepat kering, solusinya ialah sediakan botol air. Supaya mudah untuk anda meneguk dan membasahkan mulut dengan cepat. Minum air kosong juga membantu mengurangkan masaalah mulut berbau dengan cepat.
- Kunyah gula-gula getah tanpa gula – Selain gula-gula pudina, gula-gula getah juga banyak yang berperisa pudina yang boleh membantu menghilang bau mulut dengan segera. Pilihan yang terbaik ialah gula-gula getah tanpa gula.
- Semburan penyegar mulut – Dipasaran sekarang mempunyai penyegar mulut yang disediakan dalam bentuk botol spray yang kecil supaya mudah untuk anda bawak kemana-mana.
- Ubat kumur – Ubat kumur merupakan salah satu solusi untuk anda menyelesaikan masaalah bau mulut. Dapatkan dipharmasi atau kedai kecantikan. Lestarine juga salah satu brand ubat kumur yang berfungsi untuk melawan bakteria dalam mulut dan memberikan kesegaran kepada mulut anda.
Tabiat yang perlu diamalkan untuk mendapatkan kesihatan mulut yang lebih baik
Untuk menghalang dan mencegah bau mulut yang tidak baik anda perlu mengamalkan perkara berikut :
- Berus gigi selepas makan. Jika ditempat kerja, sediakan “kit travel” peralatan untuk memberus gigi.
- Flos gigi sekurang-kurangnya satu kali sehari. Pentingnya flos gigi ialah untuk anda pastikan tiada sisa-sisa makanan yang menempel di celah-celah gigi.
- Jangan malas untuk memberus lidah. Lidah merupakan anggota yang sentiasa lembab dan rumah pembiakan bakteria. Memberus lidah dengan perlahan dapat membantu anda menggurangkan masaalah bau mulut.
- Peralatan pergigian. Jika anda pemakai peralatan pergigian seperti pendakap gigi, gigi palsu dan sebagainya. Anda perlu rajin dan kerap membasuhnya dengan betul. Dapatkan nasihat doktor gigi anda tentang bagaimana cara yang tepat untuk membersihkan peralatan gigi anda.
- Seimbangkan diet makanan . Elakkan memakan bawang putih dan bawang merah terlalu banyak.
- Tukar berus gigi anda yang baru lama dengan lebih kerap.
Baca juga :
- 3 kesan pengambilan vitamin C yang berlebihan kepada tubuh
- Review beprosalic ointment : merawat kulit alergi kering
- Gigi kuning sebenarnya lebih kuat dari gigi putih?
sumber info :
- activebeat.com/your-health/6-common-causes-of-halitosis
- colgate.com/ms-my/oral-health
- mayoclinic.org/diseases-conditions/bad-breath
- Punca dan cara merawat mulut berbau