Ujian atau hukuman dari Allah..| Setiap manusia yang baik mahupun yang kurang baik tidak akan dapat terlepas daripada ujian Allah. Terdapat dua sebab utama Allah memberi musibah dan kesusahan kepada manusia.

  1. Untuk mempercepatkan hukuman kepada kemaksiatan dan kesalahan yang dilakukan oleh seseorang.
  2. Untuk mengangat darjat seseorang disisi Allah

“Seseorang yang sudah dibenci dan tidak dipandang langsung oleh Allah tidak akan lagi diuji. Malah Allah membiarkan dia terus bergelumang dengan dosa untuk diberi hukuman yang berat diakhirat kelak”

Ceraman Ustaz Wadi Annuar
Ujian atau hukuman dari Allah
Gambar sekadar hiasan. Sumber : google image

Musibah 1: Disegerakan hukuman didunia kepada kemaksiatan atau kekufuran yang dilakukan

Setiap dari kita yang bergelar manusia, tidak pernah terlepas daripada melakukan dosa. Samaada ianya dosa kecil mahupun besar.

Allah itu sifatnya pemaaf. Dia tahu apa yang tersurat dan tersirat dalam hati manusia itu.

Terdapat sebahagian musibah dan ujian yang diberikan adalah untuk mempercepatkan hukuman daripada dosa yang kita lakukan. Sekaligus menyelamatkan kita daripada azab neraka yang lebih dasyat.

“Dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri.”

QS. An-Nisa; 79

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).”

QS. As-Syuro: 30

Dari Anas radhiallahu anhu berkata, Rasulullahsallallahu alaihi wasallam bersabda:

“Ketika Allah menginginkan hamba-Nya suatu kebaikan, maka disegerakan hukumannya di dunia. Jika Allah menginginkan hamba-Nya suatu keburukan, maka dosanya ditahan sampai dibalas nanti di hari kiamat.”

HR. Tirmizi, 2396 dan dihasankan. Dinyatakan shoheh oleh Albani di shoheh Tirmizi.

Musibah 2: Orang soleh yang Allah mahu angkat darjatnya

Orang yang paling baik selepas Nabi Muhammad SAW ialah para sahabat baginda dan para Nabi dan Raul. Adapun mereka diuji adalah semata-mata untuk diletakkan darjat mereka tinggi disisi Allah.

Contohnya seperti Nabi Yunus yang diuji Allah sehingga ditelan ikan paus. Beliau tetap sabar dan redha dengan ketentuan Allah.

Bagaimana pula dengan manusia lemah dan hina seperti kita? Lihat hadis dibawah.

“Sesungguhnya seorang hamba ketika didahului kedudukan di sisi Allah, dimana amalannya tidak sampai (kepadaNya), maka Allah akan mengujinya di badan atau harta atau anaknya.”

HR. Abu Dawud, (3090) dinyatakan shoheh Albany dalam ‘Silsilah Shohehah, no. 2599.

Dan dari Anas bin Malik radhiallahuanhu bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Sesungguhnya agungnya pahala disertai dengan besarnya cubaan. Sesungguhnya Allah ketika mencintai suatu kaum, maka Dia akan mengujinya. Siapa yang redha maka Dia akan redha dan siapa yang murka, maka Dia juga akan murka.”

HR. Abu Dawud, (2396) dan dihasankan. Dinyatakan shoheh oleh Albany dalam Silsilah shohehah, no. 146.

Bagi manusia biasa seperti kita, terdapat perkaitan antara dua tanda musibah ini.

Hadis dripada Aisyah radhiallahuanha sesungguhnya Nabi SAW bersabda:

“Tidaklah seorang mukmin terkena duri dan lebih dari itu melainkan Allah akan mengangkat darjat dengannya. Atau dihapuskan kesalahannya dengannya.”

HR. Bukhori, (5641) dan Muslim, (2573).

Ringkasannya, mereka yang diuji oleh Allah kerana dosanya, dan dia bersabar dan bersyukur.

Maka Allah akan mengampuni dosanya, mengangkat darjatnya di surga dan dipenuhi baginya pahala orang-orang yang sabar dan orang yang mengharap pahala.

Sebagaimana orang yang diuji oleh Allah dengan suatu musibah, agar mendapatkan kedudukan tinggi yang telah Allah tulis di surga baginya. Menghapuskan dosa-dosa yang lalu. Dan hal itu termasuk balasan baginya di dunia, tidak terulang nanti di akhirat. 
Beza antara ujian dan hukuman dari Allah
  1. Sejarah kehidupan

Jika seseorang muslim itu sudah terang-terangan melakukan kemaksiatan dan dosa, maka boleh disimpulkan bahawa ujian yang dihadapi adalah satu bentuk hukuman Allah sebagai balasan kepada dosa yang dilakukan.

Allah itu maha pengampun lagi maha mengasihani. Allah akan memberikan hukuman didunia kepada orang yang Dia kehendakinya. Ini bukanlah sesuatu yang buruk kerana azab diakhirat itu jauh lebih berat.

Berlainan pula seseorang muslim yang sentiasa beribadah, sabar dan dan bersyukur kepada Allah. Maka ujian yang mendatang adalah untuk mengangkat darjatnya disisi Allah diakhirat kelak.

2. Respon terhadap musibah yang dihadapi

Jika ujian yang mendatang mendapat respon seperti mengeluh, tidak sabar dan mengadu domba. Itu adalah petanda bahawa ujian itu sebagai hukuman kepada dosa.

Manakala jika ujian yang datang di ikuti dengan rasa sabar, redha dan syukur. Ia menjadi petanda bahawa ujian tersebut adalah untuk menghapuskan dosa lama dan mengangkat darjat seseorang disisi Allah.

Kesimpulannya..

Setiap apa yang diberi oleh Allah itu hendaklah didahului dengan rasa syukur. Samaada nikmat mahupun musibah.

Kita perlu sentiasa berprasangka baik dengan semua ketetapan Allah.

Sabar dan redha adalalh kunci utama dalam menghadapi semua ujian.

Artikel diatas adalah ringkasan daripada Ujian atau hukuman dari Allah: https://www.google.com/amp/s/islamqa.info/amp/id/answers/112905.

Baca juga :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like