Haiwan Kecil dan Comel..| Ingin mencari haiwan peliharaan yang kecil dan comel? Ingin berteman dengan haiwan yang mudah dijaga? Haiwan peliharaan bersaiz kecil bukan sahaja mudah dijaga, tetapi juga dapat membawa keceriaan dan kehangatan di dalam rumah anda.
Mereka juga sesuai untuk mereka yang tinggal di ruang terhad seperti apartmen atau rumah kecil. Dalam artikel ini, kami akan berikan anda 10 pilihan haiwan kecil dan comel yang sesuai untuk dipelihara. Mereka bukan sahaja sahaja menarik mapah sangat mudah untuk dijaga!
Sebelum memulakan pilihan yang tepat, terdapat beberapa perkara lain yang anda perlu timbangkan seperti :
- Jenis haiwan yang anda boleh gayakan bersama sofa rumah atau haiwan yang hanya sesuai dilihat dari jarak jauh
- Kesesuaian haiwan tersebut bersama kanak-kanak
- Adakah haiwan tersebut akan memberi allergi kepada diri anda atau orang sekeliling
- eKmampuan anda untuk melabur pada kos penyelenggaraan
10 haiwan yang comel dan kecil
10. Guinea Pig
Guinea Pig – Sahabat setia yang lembut dan manja
Guinea pig atau marmut merupakan haiwan peliharaan yang sangat mesra dan lembut. Mereka mempunyai personaliti yang lebih ceria dan lebih suka berinteraksi dengan pemiliknya.
Guinea Pig mempunyai berat sekitar 3 paun/1.364g dan mereka bersaiz 3 kali gan daa daripada tikus biasa. Mereka datang dalam beberapa warna dan corak, dan boleh mempunyai rambut pendek atau panjang.
Haiwan ini juga memerlukan sangkar yang lebih besar dan persekitaran yang selesa kerana saiznya yang lebih besar.
Info lain :
Jangka hayat : Lima hingga 10 tahun
Kesesuaian umur : Kanak-kanak dari pelbagai usia.
Cara pemakanan : Pelet komersial, rumput kering, sayur-sayuran segar dan air; dos vitamin C harian
Perumahan dan latihan : Guinea Pig memerlukan banyak latihan. Peruncit haiwan peliharaan menjual kandang mudah alih di mana guinea pig anda dapat meneroka persekitaran dalaman atau luaran dengan selamat. Anda boleh menambah paip untuk haiwan kesayangan anda berjalan atau menawarkan tempat persembunyian seperti kotak kecil. Namun, tahanlah keinginan untuk menambah roda latihan ke dalam sangkarnya. Ini kerana berlari dengan roda boleh menyebabkan kecederaan pada punggung atau kaki guinea pig
Lain-lain : Guinea Pig sebenarnya berasal dari Amerika Selatan (bukan Guinea) dan sekali pun bukan babi.
09. Gecko
Gecko : haiwan peliharaan yang unik dan menawan
Gecko merupakan salah satu pilihan haiwan peliharaan yang semakin popular di kalangan peminat reptilia. Dengan penampilannya yang unik, kelakuan yang menarik, dan penjagaan yang relatif mudah, gecko adalah pilihan tepat bagi mereka yang mencari haiwan peliharaan yang tidak memerlukan banyak ruang tetapi tetap memberikan hiburan dan keindahan.
Haiwan peliharaan ini secara semula jadi adalah haiwan yang pemalu, tetapi dengan sabar anda dapat memperoleh kepercayaan mereka.
Info Lain :
Jangka hayat : Sehingga 20 tahun
Kesesuaian kepada : Kanak-kanak berumur 10 tahun ke atas
Cara pemakanan : Cacing dan cengkerik, air tawar
Perumahan dan latihan : Terarium dengan suhu antara 75 hingga 85 darjah Fahrenheit (24 hingga 29 darjah Celsius) pada siang hari, dan hanya sedikit lebih sejuk pada waktu malam. Perlu ada ialah longgokan batu atau kepingan kayu di mana ia dapat bersembunyi dan merasa aman.
Lain-lain : Jika Gecko merasa tidak aman dan stress mereka boleh melepaskan ekornya, yang merupakan mekanisme pertahanan semula jadi. Ia suka menghabiskan waktu malam dengan memcari makan dan menyelidiki persekitaran tempat tidur mereka.
08. Burung parrot
Burung Parrot mempunyai kecerdasan yang tinggi, suka bersosial dan mesra dengan tuan mereka, dan mereka mempunyai jangka hayat yang lebih panjang.
Burung parrot merupakan pilihan haiwan peliharaan yang menarik dan menyeronokkan. Mereka sangat terkenal dengan kecerdasan yang tinggi, kebolehan untuk bercakap, dan sifat sosialnya.
Burung parrot mempunyai warna yang berwarna-warni, terang dan sangat ceria. Warnanya berkisar dari merah dan hijau yang cerah sehingga kelabu dan hitam yang megah.
Terdapat lebih daripada 350 jenis. Dan saiz mereka boleh mencapai daripada 8cm sehingga 100cm.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan jika anda berminat untuk memelihara burung parrot.
Info Lain :
Jangka hayat : Sehingga 80 tahun
Kesesuaian : Mana-mana umur, tetapi lebih baik untuk remaja dan orang dewasa
Cara pemakanan : Campuran benih komersial, sayur-sayuran dan buah-buahan segar
Perumahan dan Latihan : Kandang burung parrot haruslah cukup besar untuk burung parrot terbang dengan jarak dekat dan harus sentiasa bersih setiap hari. Melapisi kandang dengan lapisan kerikil yang nipis akan membantu proses pembersihan bahan pencernaan burung ini
07. Arnab
Arnab adalah haiwan peliharaan yang comel dan aktif. Mereka sangat sukakan perhatian dan memerlukan ruang yang besar untuk melompat dan bermain. Arnab juga sangag mudah dijaga, hanya dengan memberikan mereka makanan yang sesuai dan ruang yang selamat, mereka akan terus menggembirakan anda.
Terdapat lebih daripada 60 baka arnab di Amerika Syarikat yang boleh menjadi pilihan hati anda! Daripada pelbagai ukuran, warna dan panjang telinga mengikut kesukaan anda. Berat arnab juga boleh menjadi pilihan anda, kerana arnab boleh memberat antara 2 hingga 13 paun.
Info Lain :
Jangka hayat : Lima hingga 10 tahun
Sesuai untuk : Kanak-kanak berumur 8 tahun dan ke atas
Cara pemakanan : Pelet komersial dan sayur-sayuran segar
Perumahan dan Latihan : Untuk hidup, arnab memerlukan perumah dengan lantai yang kukuh. Kandang khas drnvsn persekitaran yang luas dan selamat amat sesuai untuk mereka berlari dan melompat-lompat.
Tahukah anda, sebilangan arnab boleh dilatih untuk berolahraga dengan menggunakan tali leher?
06. Ferret
Ferret merupakan mamalia kecil yang sering dipelihara sebagai haiwan kesayangan. Ferret mempunyai tubuh yang panjang dan ramping, serta sifat yang aktif dan suka bermain.
Ferret dan memerang merupakan dua haiwan yang berbeza. Ferret dan memerang adalah dua haiwan yang kelihatan serupa, tetapi mereka berbeza dari segi spesies, habitat, tingkah laku, dan cara hidup.
Curious dan berbulu bulu, haiwan kecil ini adalah haiwan kesayangan yang menarik. Tetapi mereka mempunyai kos penjagaan yang agak tinggi.
Mereka sangat suka meneroka dan aktof berkeliaran. Ini menjadikannya sukar sekiranya anda mempunyai banyak pengunjung yang membuka dan menutup pintu rumah anda.
Info Lain :
Jangka hayat : Lima hingga 8 tahun
Kesesuain umur : Kanak-kanak 12 tahun ke atas
Cara pemakanan : Pelet komersial dan sayur-sayuran segar
Perumahan dan Latihan : Walaupun anda mahukan sangkar dawai dengan pangkalan yang kukuh untuk ferret anda, mereka lebih suka membina rumah sendiri daripada terkurung di dalam sangkar. Apabila diberi kebebasan, mereka akan menyiasat setiap sudut rumah yang mereka diami
05. Ikan Betta
Ikan betta merupakan salah satu ikan peliharaan yang mudah dijaga dan sangat menarik. Mereka hanya memerlukan akuarium kecil dengan air yang bersih, dan mereka tidak memerlukan perhatian yang berlebihan, menjadikannya pilihan yang baik bagi pemula.
Ikan betta terdapat dalam perlbagai warnana seperti hijau, merah, ungu dan oren dan kadang-kadang warna mereka kelihatan bersatu antara satu sama lain seperti sebuah lukisan.
Selain daripada itu, kesan visual daripada ekor mereka membuatkan mereka kelihatan agak besar tetapi yang sebenarnya saiz mereka kec. Kebanyakan mereka hanya mempunyai panjang beberapa inci sahaja.
Info Lain :
Jangka hayat : Sehingga 3 tahun
Kesesuaian umur : Setiap peringkat umur
Cara pemakanan : Makanan betta komersial
Perumahan dan Latihan :Anda boleh menyediakan akuarium dan tapisan yang sesuai. Pastikan bekas air ikan betta anda bersih dan suam. Berasal daripada perairan tropika di Asia Tenggara, membuatkan mereka hidup sesuai dengan air yang bersuhu 78 hingga 80 darjah Fahrenheit (25 hingga 26 darjah Celsius).
04. Kura-Kura
Kura-kura mlmerupakan haiwan yang sangag tenang dan mampu hidup lebih lama jika diberi penjagaan yang baik. Mereka lebih sesuai untuk mereka yang mencari haiwan peliharaan yang lebih santai dan mudah untuk dijaga.
Info Lain :
Jangka hayat : Sehingga 40 tahun
Sesuai untuk : Kanak-kanak 8 tahun ke atas
Cara pemakanan : Cacing tanah, serangga, dan buah-buahan dan sayur-sayuran; atau pelet komersial, bergantung kepada jenis baka kura-kura.
Perumahan dan Latihan : Kura-kura memerlukan terarium atau akuarium yang cukup lapang dan beberapa batu yang cukup besar untuk bertenggek. Perumahan ini hendaklah kering di mana mereka dapat menggali. Mereka juga memerlukan air yang cetek untuk berhidrasi semula.
03. Chincilla
Chinchilla merupakan haiwan yang kecil dengan bulu yang sangat lembut dan comel. Mereka memerlukan ruang yang besar untuk bergerak dan menjaga kebersihan, tetapi mereka juga sangat mesra dengan tuannya.
Chinchilla mempunyai bulu yang sangat lembut sehingga perkara terbaik tentang haiwan kesayangan baru anda ialah ingin terus memegangnya.
Chincilla mempunyai bdan yang sangat montel dan hadir dalam pelbagai warna. Tidak seperti kebanyakan mamalia berbulu yang memiliki satu serat rambut per folikel, chinchilla dapat tumbuh sehingga 80 rambut dari hanya satu folikel.
Haiwan ini aslinya berasal daripada Amerika Selatan ini secara teknikal merupakan seekor tikus. Tetapi spesis ini sangat menawan ya! dengan mata seperti piring dan telinga seperti mangkuk.
Chinchillas juga hampir menyerupai kanggaru, dengan kaki depan yang jelas lebih pendek daripada kaki belakangnya, serta ekornya lebat dan panjang.
Info Lain :
Jangka hayat : Sehingga 20 tahun
Sesuai untuk : Kanak-kanak berumur lebih dari 10 tahun; chinchillas adalah haiwan yang sensitif
Cara pemakanan : Pelet komersial
Perumahan dan Latihan : Chinchilla tidak memerlukan perawatan yang rumit. Ia akan berkembang dalam pelbagai persekitaran dan keadaan suhu, tetapi paling selesa pada suhu 65 darjah hingga 75 darjah Fahrenheit yang nyaman (18 hingga 24 darjah Celsius). Sebilangan besar chinchillas tinggal di kandang berjaring dengan lantai yang kukuh.
02. Ketam Hermit
Mereka terkenal dengan kebiasaan mereka yang suka menukar cangkerang untuk melindungi diri.
Mereka terkenal dengan kebiasaan mereka yang suka menukar cangkerang untuk melindungi diri.
Ketam Hermit adalah haiwan kecil yang menarik dan aktif. Mereka mempunyai lima set kaki, kepala yang kecil dan dilengkapi dengan antena panjang dan, tentu saja, cengkerag!
Ketam Hermit juga dikatakan sebagai haiwan yang pemalu dan agak mengelirukan, kerana haiwan peliharaan kecil ini boleh menjadi sangat sosial dan aktif – terutama pada waktu malam.
Kebiasaannya mereka akan mengubur di pasir, merangkak di atas batu dan bahkan akan menyiasat barang-barang di persekitaran mereka dengan rasa ingin tahu yang mendalam.
Info Lain :
Jangka hayat : Sehingga 30 tahun
Sesuai untuk : Setiap lapisan umur
Cara pemakanan : Pelet komersil, air tawar dan air garam yang tidak diklorinasi, buah-buahan
Perumahan dan Latihan : Ketam Hermit boleh hidup di dalam terarium buatan. Mereka berkembang pada suhu sekitar 24 darjah Celsius dan menypada persekitaran yanv lembap.
Dengan pasir untuk digali dan batu untuk didaki, ketam hermit tidak memerlukan latihan tambahan.
01. Hamster
Hamster adalah haiwan kecil yang sangat popular kerana saiznya yang kecil dan sifatnya yang aktif. Mereka mudah dijaga, memerlukan sedikit ruang, dan sangat sesuai untuk kanak-kanak.
Hamster adalah haiwan peliharaan yang mudah dijaga, aktif, dan menghiburkan. Mereka sesuai untuk pemilik yang mempunyai ruang terhad dan waktu yang tidak terlalu banyak untuk memberi perhatian. Dengan penjagaan yang betul, hamster boleh menjadi teman yang comel dan menghiburkan, tetapi pastikan untuk menyediakan sangkar yang sesuai, makanan yang seimbang, dan aktiviti untuk memastikan mereka tetap sihat dan gembira.
Info Lain :
Jangka hayat : 2-3 tahun
Keperluan Ruang : Sangkar yang cukup besar diperlukan untuk hamster anda berlari dan bermain sesuka hati. Sangkar yang sesuai biasanya mempunyai ruang yang cukup untuk roda larian, tempat tidur, dan tempat untuk mereka menggali atau bersembunyi.
Pemakanan : Diet hamster agak mudah untuk disediakan. Mereka biasanya diberi campuran bijirin, makanan kering khusus untuk hamster, sayuran, dan buah-buahan segar.
Lain-lain : Hamster merupakan haiwan nokturnal, bermaksud mereka aktif pada waktu malam. Jika anda mencari haiwan yang boleh berinteraksi pada waktu siang, hamster mungkin bukan pilihan terbaik kerana mereka tidur pada waktu siang hari
Rujukan : wikipedia
Baca juga :