Kisah gajah dalam al Quran : Gajah merupakan salah satu makhluk ciptaan Allah yang terkandung pelbagai hikmah didalamnya. Haiwan ini menjadi salah satu haiwan yang ada disebut didalam al Quran.
Secara umumnya, gajah merupakan mamalia besar tergolong dalam keluarga Elephantidae dan order Proboscidea. Didunia ini, hanya 2 spesis gajah yang masih wujud dan diperakui iaitu gajah Afrika dan gajah Asia.
Gajah merupakan haiwan herbivor yang boleh ditemui di berbagai habitat, seperti hutan, gurun, savana, dan paya. Haiwan ini biasanya cenderung untuk berada di tepi air. Gajah dianggap sebagai spesies kunci kerana impaknya terhadap alam sekitar.
Surah al-Fiil yang bermaksud gajah
Surah al-Fiil merupakan surah yang ke-105 didalam al-Quran. Fiil didalam bahasa melayu bermaksud gajah. Surah al-Fiil adalah surah Makkiyah yang mempunyai 5 ayat.
Surah ini berkisarkan tentang tentera Abrahah yang berusaha untuk menghancurkan Ka’bah. Tentera Abrahah yang disertai seramai 60,000 orang askar berserta 9 atau 13 ekor gajah untuk menjadi tunggangan. Bilangan gajah adalah berbeza mengikut tafsir lain. Wallahualam.
Tetapi belum sempat mereka menghancurkan Ka’abah, Allah telah menghantar tenteranya yang berupa burung Ababil. Burung ini membawa batuan panas daripada neraka dan membunuh keseluruhan tentera Abrahah termasuk pasukan gajahnya.
Pada tahun kejadian juga lahir seorang putra yang akan memimpin seluruh umat manusia iaitu Nabi Muhammad SAW. Lantas tahun kelahiran Nabi Muhammad dinamai Tahun Gajah sempena mengingati kegagalan tentera Abrahah untuk memusnahkan Ka’abah.
Surah al-Fiil (105) ayat 1-5 : 1.~ Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? 2.~ Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? 3.~Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan; 4.~ Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras; 5.~ Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.
Gajah sebagai tunggangan
Sejak zaman dahulu lagi gajah sudah dijadikan tunggangan. Sehingga sekarang, negara seperti india dan afrika masih mengguna kan gajah sebagai kenderaan dan tunggangan mereka.
Manakala di negara-negara yang agak moden, gajah dijadikan tunggangan untuk pusat rekreasi dan dijadikan sebagai tunggangan.
Jika dilihat dalam surah al Fiil ayat 1, Allah menyebutkan tentang tentera bergajah. Ini bermaksud, pada perang zaman sebelum masihi lagi gajah sudah digunakan untuk peperangan. Mungkin kerana saiznya yang besar digunakan untuk melindungi tentera mereka daripada serangan musuh.
Kisah gajah yang menaiki bahtera Nabi Nuh ketika banjir besar
Kisah ini tidaklah diceritakan didalam al-Quran, tetapi terdapat sanat yang menceritakan kisah ini.
Dikisahkan ketika bahtera Nuh berlayar tanpa tujuan di lautan, gajah dan haiwan lain-lainnya yang tidak mempunyai akal telah membuang najis mereka merata-rata. Perkara ini memberi ketidakselesaan dan kebimbangkan para anak kapal.
Didalam kisah ini menceritakan bahawa ketika Nabi Nuh mengusap dahi gajah, keluarlah sepasang babi daripada belalainya. Inilah perkara ghaib yang hanya diketahui kesahihannya oleh Allah. Kerana Allah itu Maha Berkuasa, jika Dia berkata ‘Jadi’ maka jadilah ia.
Wallahualam.
Kesimpulannya, tidak banyak tentang gajah yang Allah ceritakan didalam al Quran. Tetapi gajah tetap haiwan yang istimewa yang perlu kita jaga dan pelihara.
Baca juga :
- Kisah burung dalam al Quran dan pengajarannya
- Kisah lebah dalam al Quran dan pengajarannya.
- Kisah anjing ashabul kahfi dalam al quran
- Tahukah anda haiwan mana yang disebut dalam al quran?
- Senarai Kisah 25 Nabi pilihan Allah
sumber : wikipedia, alquranalhadi.com, Kisah gajah dalam al Quran