Kisah keledai di dalam al Quran zaman nabi | Didalam al Quran, Allah telah memberi perumpamaan tentang suara keldai yang buruk. Ini boleh dilihat di dalam surah Luqman [31] ayat 19 yang bermaksud :

"Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai."

Haiwan ini merupakan haiwan mamalia dari keluarga Equidae. Keledai merupakan haiwan jinak yang biasa digunakan untuk ditunggang dan kerja lain, sepertimembajak ladang dan menarik kereta kuda.

Keledai boleh memiliki percampuran dengan kuda. Anak yang terlahir hasil campuran kuda betina dan keledai jantan disebut sebagai “bagal”. Manakala campuran keledai betina dan kuda jantan disebut “nagil”. Tetapi Bagal lebih umum, dan telah digunakan untuk tunggangan manusia dan benda.

keledai keldai

sumber : cnnindonesia.com

Didalam surah An-Nahl [16] ayat 8, Allah memberitahu tentang penciptaan kuda, bagal dan keledai bukan sahaja sebagai tunggangan tetapi juga sebagai perhiasan :

"dan (Dia telah menciptakan) kuda, bagal dan keledai, agar kamu menungganginya dan (menjadikannya) perhiasan. Dan Allah menciptakan apa yang kamu tidak mengetahuinya."
Kisah keledai dalam Quran

sumber : suara.com

Siapakah Luqman al-Hakim yang Allah abadikan ceritanya menjadi sebuah surah?

Allah SWT telah mengabadikan nama Luqman al Hakim menjadi nama salah satu surah di dalam Alquran, iaitu surah Luqman. Surah ini adalah surah yang ke 31 dan mempunyai 34 ayat.

Kisah daripada surah ini berkisarkan tentang nasihat-nasihat bijaksana Luqman al Hakim kepada sang anak mengikut sumber ilmu hikmah Allah SWT.

Diantara nasihat Luqman al Hakim yang Allah rekodkan dalam kitabnya ialah :

  1. Jangan sekali-kali kita menyekutukan Allah (surah Luqman 31:13).
  2. Sentiasa berbuat baik kepada kedua orang ibu bapa kita (surah Luqman 31:14).
  3. Kita perlu sentiasa sedar bahawa Allah sentiasa memerhati perlakuan dan perbuatan kita (surah Luqman 31:16).
  4. Tidak meninggalkan solat  (surah Luqman 31:17).
  5. Sentiasa berbuat kebaikan walau dimana kita berada (surah Luqman 31:17).
  6. Jauhi perkara yang mungkar (surah Luqman 31:17).
  7. Sentiasa sabar dalam menghadapi ujian hidup (surah Luqman 31:17).
  8. Jangan pernah merasa sombong dengan apa pun kelebihan yang kita miliki (surah Luqman 31:18).

Anda boleh rujuk surah Luqman disini : surah.my/surahLuqman

Kisah Luqman al Hakim dengan anaknya bersama seekor keldai
Kisah keledai dalam Quran

Gambar sekadar hiasan | sumber : satuharapan.com

Kisah yang disebutkan ini tidak lah Allah sebutkan didalam kitabnya. Tetapi kisah ini telah diriwayatkan. Kisah ini sangat popular dikalangan umat islam kerana kisahnya penuh pengajaran.

Pada suatu hari Luqman al-Hakim telah memasuki sebuah pasar dengan menaiki seekor keldai, bersama anaknya yang mengikuti daripada belakang. Melihat anak beranak itu, orang-orang yang melihatnya berkata,

"Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." 

Setelah mendengarkan kata-kata dari orang-orang tersebut maka Luqman pun turun dari keldainya itu lalu berganti tempat dengan anaknya pula. Berjalanlah mereka meneruskan perjalanan ke pasar. Ketika sampai disuatu kumpulan, berkata orang-orang dari kumpulan tersebut

"Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki keldai itu, sungguh kurang ajar anak itu."

Setelah mendengar kata-kata itu, Luqman pun mendapat akal untuk menunggang keldai itu bersama anaknya. Kemudian orang-orang kumpulan lain yang melihat berkata lagi,

"Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, mereka sungguh menyiksakan keldai itu." 

Lalu Luqman pun meneruskan perjalanannya. Tetapi kali ini beliau dan anaknya hanya berjalan kaki tanpa menunggang keldai tersebut. Lalu berkata lagi orang sekelilingnya,

"Apa guna ada keldai tetapi tidak digunakan?"

Begitulah sikap manusia yang cuba ditunjukkan kepada anaknya. Lalu beliau menasihati anaknya :

"Sesungguhnya tidak ada seseorang pun yang terlepas dari ucapannya. Maka orang yang berakal tidak akan mengambil pertimbangan kecuali kepada Allah saja. Siapa pun yang mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya."
"Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal agar kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tidak ada satu pun orang fakir itu kecuali mereka mengalami tiga perkara, yaitu tipis keimanan terhadap agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu), dan hilang kepribadiannya. Lebih celaka lagi, orang-orang yang suka merendahkan orang lain dan menganggap ringan urusan orang lain."
Kesimpulan

Kisah keledai dalam Al-Quran mengandungi pengajaran yang amat mendalam tentang pentingnya ilmu yang diamalkan, kesabaran dalam menghadapi ujian, dan pentingnya berusaha untuk mencari ilmu yang bermanfaat.

Walaupun keledai tidak pernah disebut sebagai haiwan yang paling dihormati dalam Al-Quran, namun ia menjadi simbol kepada mereka yang memikul beban tanpa memahaminya atau mengamalkannya dengan baik.

Umat Islam diajar untuk sentiasa menggunakan ilmu dengan amal, serta menjadi umat yang sabar dan berusaha untuk memanfaatkan setiap kurniaan Allah dengan sebaik-baiknya.

Dengan mengambil pengajaran dari kisah ini, marilah kita berusaha untuk menjadi insan yang bukan hanya menuntut ilmu, tetapi juga mengaplikasikannya ke dalam kehidupan seharian demi kebaikan diri, keluarga dan masyarakat.

Baca juga :

sumber : wikipedia.com, alquranalhadi.com, liputan6.com, Kisah keledai dalam al Quran zaman nabi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like