Pohon zaqqum : adalah pokok yang tumbuh didasar neraka yang mengeluarkan buah yang bernama Adh-Dhari. Allah telah memaksa para penghuni neraka untuk memakan buah ini untuk memberi seksaan kepada hambanya yang ingkar dan berdosa.
Pohon zaqqum dalam al Quran
Allah telah menyebut nama pohon ini didalam al Quran sebanyak tiga kali didalam surah yang berbeza iaitu surah ad-Dukhan, surah as-Soffat dan surah al-Waqiah.
Allah berfirman didalam al quran berkenaan pohon ini :
(62) “Manakah yang lebih baik, limpah kurniaan yang termaklum itu atau pokok zaqqum?” (63) “Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim (di dunia dan azab seksa bagi mereka di akhirat)”. (64) “Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar Neraka yang marak menjulang”. (65) “Buahnya seolah-olah kepala Syaitan-syaitan”. (66) “Maka sudah tentu mereka akan makan dari buahnya (sekalipun pahit dan busuk), sehingga mereka memenuhi perut darinya.”
(QS As-Saaffat : 62-66)
43) (Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum; (44) (Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam Neraka). (45) (Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut; (46) Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya.
(QS. Ad-Dukhaan : 43-46.)
(51) Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat), (52) Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum, (53) Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu.
(QS al-Waaqi’ah : 51-53)
Ciri-ciri pohon zaqqum dalam al Quran
Berdasarkan daripada firman Allah diatas, ciri-ciri dan sifat pohon ini adalah seperti berikut :
- Pohon yang boleh tahan hidup dalam api neraka yang menjulang. Pohon ini berkemungkinan diselubungi api marak pada pohonnya tetapi tidak hancur atau mati. Wallahualam.
- Buah daripada pohon ini digambarkan seperti rupa kepala syaitan. Hanya Allah yang tahu rupa sebenar syaitan itu.
- Buah ini digambarkan terlalu panas tembaga cair bentuknya yang menyebabkan perut sipemakan mendidih
Pohon zaqqum menjadi sumber makanan kepada ahli neraka
Allah menciptakan buah zaqqum ini tidak lain hanya untuk menambah seksaan kepada hambanya yang berdosa.
Ahli neraka itu digambarkan akan sentiasa merasa lapar dan dahaga. Ditambah pula seksaan dan panas yang mencairkan mereka akan memakan apa sahaja yang mereka jumpai.
Begitulah Allah memaksa ahli neraka ini memakan buah dari pohon ini. Dikatakan buah ini sangat pahit dan panas tetapi mereka tetap juga memakannya kerana ketiadaan sumber makanan lain dan desakan rasa lapar yang amat sangat.
Wallahu’alam.
Baca juga :
- Pohon Sa’dan berduri digambarkan sebagai jambatan sirat
- Kisah Nabi Idris : Diizin Allah merasai mati dan melihat neraka syurga
- Kisah burung dalam al Quran dan pengajarannya
sumber dan rujukan : wikipedia.org, ensiklopediamuslim.blogspot.com, surah.my
Penulis tidak bertanggungjawap atas sebarang komen yang anda berikan. Pastikan anda memberi komen yang baik dan bermanfaat. Terima kasih atas sokongan anda terhadap blog motivasinformasi.com. Semoga blog ini terys bermanfaat kepada sesiapa sahaja penggunanya.