Resepi puding karamel | Assalamualaikum kepada semua pencari resepi. Sejujurnya kami memang penggemar dengan puding caramel ni.
Teksturenya yang lembut dan manis memang sedap. Tetapi kalau makan banyak-banyak sangat pon boleh rasa muam, tetapi jika diambil sekali sekala memang rasa dia pas membuatkan kita teringat-ingat akan is.
Sebenarnya mudah sahaja cara untuk membuat resepi puding karamel ini . Jom kita lihat cara-caranya :
Google Image | Resepi Puding Keramel
Bahan-bahan untuk puding roti
- 4 keping roti gardenia
- 4 biji telur
- 1 tin susu cair
- 3/4 tin susu pekat
- 3/4 cwn air suam
- 1 sk esen vanila.
Bahan-bahan untuk membuat karamel
- 4 sudu besar gula
- sedikit air suam
Cara-caranya ialah :
- Mulakn dengan memasak karamel – masakkan gula bersama sedikit ar diatas api. Biarkan gula keperangan dan memekat.
- Selepas jadi karamel, letakkan dalam loyang.
- Untuk puding roti – Blendkan sekali kesemua bahan sehingga sebati. Kemudian masukkan dalam loyang berisi karamel tadi.
- Kukuskan selama 45 minit atau sehingga masak.
- Biar ia sejuk sekejap baru balikkan atas pinggan.
Siap dah puding karamel anda. Selalunya saya akan buat jika roti yang dah tak habis dan hampir tarikh luput untuk elak pembaziran. Pembaziran kan amalan syaitonnn.
Kredit resepi asal daripada perkongsian FB Share Resepi.
Baca juga :
- Resepi shell out cepat dan mudah
- Resepi perapan kambing dengan 4 bahan mudah
- Resepi air katira : Dengan hanya 4 bahan mudah
Puding caramel sedap dimakan ketika sejuk atau tidak sejuk?
Puding caramel merupakan salah satu pencuci mulut yang biasa orang hidangkan selepas sajian yang berat.
Sajian ini sangat sedap dimakan sejuk-sejuk tetapi bukan bermaksud anda perlu meletakkan ia dibahagian sejuk beku, tetapi cukup sekadar disejukkan dibahagian bawah peti ais.
Puding caramel juga sangat sesuai dijadikan hidangan pada majlis keramaian sebab hidangannya yang menarik kelihatan seperti sebuah kek yang cantik.
Iklan :
Anda mencari maklumat tentang insurance yang sesuai diambil? Di laman rasmi prudential insurance terdapat pelbagai info tentang pelan insurance termasuklah kematian, sakit kritikal, kemalangan dan lain-lain perubatan. Jom baca untuk tambah ilmu tentang insurance disini : prudential.com.my
- Resepi tteobokki homemade Buat dirumah je senang..
- Roti paratha frozen kawan : Resipi dan review
- Resipi : ayam goreng korea dengan sos korea adabi
- Resipi : ikan masak asam pedas simple
- Resipi ikan masin masak asam
- Viral tiktok : resipi tomyam seafood macam kat kedai
- Resipi sambal cili ala-ala cili sate kajang