Resepi air katira | Adakah anda seorang yang baru pertama kali mendengar tentang resepi air katira? Air katira dikatakan berasal daripada Johor dan menjadi air kegemaran penduduknya. Aslinya, air ini berwarna hijau.

Air Katira adalah minuman tradisional yang popular di kalangan masyarakat Malaysia, terutamanya ketika bulan Ramadan.

Rasanya yang manis, segar, dan berwarna-warni menjadikannya pilihan yang sempurna untuk dinikmati bersama keluarga.

Meskipun resipi asalnya agak rumit dengan beberapa bahan tambahan, kali ini kami akan berkongsi resepi Air Katira dengan hanya 4 bahan mudah yang pasti memudahkan anda menyediakannya tanpa mengorbankan rasa lazatnya.

Apa yang dimasudkan dengan katira?

Mesti ramai yang tertanya-tanya tentang maksud katira kan? Sebenarnya katira adalah getah anggur, salah satu bahan yang digunakan dalam air katira asli. Boleh buat ubat dan menyejukkan badan. Korang boleh google sendiri rupa sebenar katira ni. Hehe.

Air katira selalunya banyak dijual di bazar-bazar ramadhan. Jika diluar bulan Ramadhan air ini memang jarang dijumpai. Untuk peniaga yang mencari idea appa untuk berniaga, anda juga boleh mencuba resepi ringkas air kitara ini.

Jom lihat 4 bahan ringksa untuk membuat resepi air kitara
  1. Perisa tebu berjenama Double Lion
  2. Susu pekat manis
  3. Biji Selasih yang sudah direndam
  4. Cincau potong ikut kegemaran anda
  5. 3 titis Sirap (optional) – hanya untuk memekatkan warna

*Korang rasa air Kitara ni akan rasa tebu ke sebab pakai perisa tebu. Jawapannya adalah tidak. Resepi ini akan memberi rasa asli ar kitara. Setiap sukatan resepi air ini adalah mengikut citarasa anda sendiri. Anda boleh lebihkan cincau dan biji selasih mengikut kegemaran anda.

resepi air katira

Ini dia rupa perisa air tebu daripada double lion | Resepi air katira

Jom lihat cara-cara nak buat air ini.

Bancuhkan air bersama perisa tebu , susu pekat dan beberapa titis sirap dan gaul sebati. Pastikan anda mendapat warna seperti gambar dibawah.

Seterusnya, masukkan cincau dan biji selasih mengikut kuantiti yang bersesuaian dengan anda. Akhir sekali masukkan ais.

resepi air katira

Contoh air katira yang dijual di pasar-pasar ramadhan

tips tambahan
  • Variasi Sirap: Jika anda mahukan air katira anda menjadi lebih unik, anda boleh menambahkan sedikit sirap pandan atau sirap gula melaka untuk memberikan variasi rasa. Namun, sirap ros sudah cukup memadai untuk memberi rasa yang manis dan aroma yang wangi.
  • Tambahkan Buah-Buahan: Untuk menambahkan elemen kesegaran, anda juga boleh menambahkan potongan buah-buahan seperti laici atau jeli kelapa ke dalam air katira. Ini akan memberi tekstur yang lebih menarik dan rasa yang lebih segar.
  • Kualiti Santan: Jika anda menginginkan air katira yang lebih pekat, pastikan anda menggunakan santan yang lebih pekat atau santan segar. Santan kotak juga boleh digunakan, tetapi rasa dan tekstur mungkin sedikit berbeza.
Kelebihan Air Katira

Air Katira bukan sahaja sedap, tetapi ia juga mempunyai pelbagai manfaat.

Biji selasih yang terdapat didalam air katira kaya dengan serat, yang boleh membantu pencernaan.

Santan pula akan memberikan kelembutan dan kandungan lemak yang membantu menambah tenaga.

Selain itu, air katira yang disediakan dengan sirap ros turut memberikan aroma dan rasa yang menenangkan, menjadikan ia minuman yang sangat sesuai dinikmati pada waktu petang selepas seharian berpuasa.

Kesimpulan

Dengan hanya 4 bahan mudah, anda mampu akqn menyediakan air katira yang sedap, segar, dan menyegarkan.

Resepi ini sangat sesuai untuk mereka yang teringin minuman manis dan berkrim tanpa perlu berbelanja lebih. Cukup dengan bahan asas yang ada didapur, air katira menjadi pilihan tepat untuk dinikmati pada bila-bila masa, terutamanya di musim panas atau ketika berbuka puasa. Selamat mencuba!

Baca juga :

Iklan :

Jom lihat promosi pizza hut yang paling banyak diorder.

pizzahut.com.my/doublebox atau klik pada gambar
pizzahut.com.my/hutmeals atau klik pada gambar

Credit resepi asal : twitter/foodporn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like