Resepi popia seaweed : kudapan terbaik..| Koleksi pelbagai resepi kudapan berasaskan kulit popia.
Popia merupakan sejenis kuih yang sedap dan mudah didapati. Ia disediakan dalam pelbagai cara daripada mentah, digoreng, disira, dan terdapat juga popia mini. Popia terdiri daripada tiga bahagian iaitu kulit, isi, dan kuah. Bahagian kulit diperbuat daripada tepung gandum, tepung ubi kayu dan garam, sehingga menjadi doh yang kenyal. Kemudian doh akan diregangkan dan dijadikan satu lapisan nipis yang bulat diatas kuali leper, seolah seperti lempeng. Kini kulit popia boleh dibeli di kebanyakan pasaraya.

Bahan-bahan untuk membuat popia seaweed
- 1 bungkus kulit popia (50 helai).
- 1 biji telur
- serbuk lada sulah (option) untuk tambah kepedasan
- seaweed – boleh beli dikedai speedmart jenama big bang
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara untuk membuat popia nestum
- Pukul telur bersama lada sulah
- Sapukan telur pada permukaan atas popia
- Tampal seaweed
- Gunakan straw untuk menggulung, saiz lebih sekata. Supaya ruang dalam gulungan lebih besar menjadikan popia lebih rangup. Boleh juga pakai lidi atau chopstick.
- Tinggalkan sedikit ruang untuk disapu sedikit tellur tadi supaya gulungan melekat
- Gunting serong atau mengikut kretiviti anda
- Kemudian goreng popia sehinngga warna light brown. *Popia yang digoreng akan meresap minyak yang banyak. Jadi tuskan biar minyak turun dan letakkan atas tissue dapur.
- Tips kita menggulung pastikan straw dikeluarkan sedikit dari gulungan supaya mudah untuk ditarik keluar
- Tips supaya kulit popia tidak kering semasa proses menggulung : selepas buka kulit popia, tutupkan dengan kain.
- Tips ketika menggoreng : pastikan gorengan anda sentiasa ditengok sebab kulit popia yang nipis memudahkan ia untuk hangus. Buka api sederhana sahaja
- Tips lebih rangup : guntingkan gulungan secara menyerong untuk mendapat lebih besar permukaan area.
Baca juga :
- Resepi jejari popia orea : Kudapan terbaik
- Resepi popia cheese : kudapan terbaik
- Resepi popia nestum milo: kudapan terbaik
- Resepi popia nestum : cepat dan mudah
Lihat juga : Video : cikgu melayu soal selidik anak murid india
Resepi popia seaweed |