Resipi jeruk magga asam boi : Biasa jeruk mangga muda asam boi ini orang jual tepi jalan yang balang merah itu kan. Selalunya satu balang RM10. Kelihatan orang yang menjual akan promote produk mereka semasa lampu isyarat berhenti dan ketuk setiap pintu kereta.
Resepi ini dipetik daripada Resepi Penampat Rasa dan mendapat lebih 10K perkongsian. Jom sapa-sapa yang minat nak cuba boleh try.
Resipi jeruk magga asam boi guna air ais cream soda variasi 1 : bahan-bahan
- 2 biji mangga muda yang dipotong ikut suka anda. Biasa orang jual dia potong memanjang dan sedikit nipis.
- 5 – 6 biji cili api dipotong bulat kecil-kecil *kalau nak pedas lagi boleh lebihkan.
- 3 – 4 sudu makan gula pasir.
- 5 biji asam boi yang berwarna putih. Ada juga variasi jeruk mangga asam boi yang menggunakan asam boi merah ye.
- 1/4 cawan ais krim soda
- Balang sederhana untuk menyimpan
Resipi jeruk magga asam boi guna air ais cream soda variasi 1 : cara-caranya
Selepas mangga yang sudah dipotong, cuci bersih dan toskan daripada air.
Seterusnya cuma tinggalkan masukkan semua bahan kedalam balang yang disediakan. Kacau rata dan sebati.
Simpankan didalam peti sejuk semalaman untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.
Resipi jeruk magga variasi 2 : bahan-bahan
Untuk resepi variasi kedua ini dia tidak menggunakan air ais cream soda. Jom tengok apa bahan dia :
- 2 biji Mangga muda
- Sepeket kecil asam boi putih
- 4 sudu besar serbuk asam boi buahan
- 2 sudu besar gula
- 5-6 Cili padi dipotong kecil – mengikut kepedasan yang anda inginkan.
- 5 biji limau nipis – dimasukkan bersama jus dan kulitnya sekali
- 5 sudu air – agak-agak
Resipi jeruk magga asam boi variasi 2 : cara-caranya
Didalam sebuah balang, masukkan kesemua bahan yang disebut diatas. Gaulkan sebati. Kemudian simpankan kedalam peti sejuk semalaman sebelum dimakan.
Jadi, ini dia dua variasi mangga asam boi yang sedap tu. Selamat mencuba!
Baca juga :