Resepi popia sira berlado : kudapan terbaik..| Koleksi pelbagai resepi kudapan berasaskan kulit popia.

Popia merupakan sejenis kuih yang sedap dan mudah didapati. Ia disediakan dalam pelbagai cara daripada mentah, digoreng, disira, dan terdapat juga popia mini. Popia terdiri daripada tiga bahagian iaitu kulit, isi, dan kuah. Bahagian kulit diperbuat daripada tepung gandum, tepung ubi kayu dan garam, sehingga menjadi doh yang kenyal. Kemudian doh akan diregangkan dan dijadikan satu lapisan nipis yang bulat diatas kuali leper, seolah seperti lempeng. Kini kulit popia boleh dibeli di kebanyakan pasaraya.

Resepi popia sira berlado
kongsiresepi.my
Bahan-bahan untuk membuat popia sira berlado
  1. 1 bungkus kulit popia (50 helai).
  2. *Tepung ubi untuk melekatkan kulit- (korang bancuh tepung tue dengan air kemudian panaskan atas api sekejap sebagai gam popia), Boleh juga pakai putih telur
  3. 2 senduk cili kering
  4. 5 biji bawang merah
  5. 5 biji bawang putih
  6. 2 senduk gula
  7. garam dan serbuk perasa
Cara-cara untuk membuat popia nestum
  1. Gunakan straw untuk menggulung popia, saiz lebih sekata. Supaya ruang dalam gulungan lebih besar menjadikan popia lebih rangup. Boleh juga pakai lidi atau chopstick.
  2. Tinggalkan sedikit ruang untuk disapu gam
  3. Gunting serong atau mengikut kretiviti anda
  4. Kemudian goreng popia sehinngga warna light brown. *Popia yang digoreng akan meresap minyak yang banyak. Jadi tuskan biar minyak turun dan letakkan atas tissue dapur.
  5. Adunan sira berlado : Blend bawang merah dan bawang putih.
  6. Tumis bersama cili kering sehinnga sedikit garing
  7. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
  8. Apabila rempah membuih, masukkan kulit popia kedalam adunan dan gaul rata
  • Tips pastikan rempah kering dan berbuih sebelum masuk popia supaya popia tidak menjadi lembik
  • Tips kita menggulung pastikan straw dikeluarkan sedikit dari gulungan supaya mudah untuk ditarik keluar
  • Tips supaya kulit popia tidak kering semasa proses menggulung : selepas buka kulit popia, tutupkan dengan kain.
  • Tips ketika menggoreng : pastikan gorengan anda sentiasa ditengok sebab kulit popia yang nipis memudahkan ia untuk hangus. Buka api sederhana sahaja
  • Tips lebih rangup : guntingkan gulungan secara menyerong untuk mendapat lebih besar permukaan area.

Baca juga :

Lihat juga : Video : cikgu melayu soal selidik anak murid india

Resepi popia sira berlado |

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like