Review Victorias Secrete Coconut Oil Sleek..| Coconut Oil atau minyak kelapa memang terkenal dengan fungsi dan kebaikannya yang tersendiri. Tidak ketinggalan juga dengan Jenama Victoria’s Secrete yang lama mengeluarkan produk yang berasaskan minyak kelapa.

Baca juga : 8 bau perfume Victoria secrete yang paling wangi pilihan pelanggan

Review Victorias Secrete Coconut Oil Sleek
Victorias Secrete Coconut Oil Sleek. Sumber : shopee.com.my

Fungsi dan kebaikan Victorias Secrete Coconut Oil Sleek

Minyak kelapa daripada Victorias Secrete ini secara asasnya mempunyai fungsi yang sama seperti minyak kelapa yang lain. Lihat dibawah beberapa fungsi yang mungkin anda baru tahu tentang kegunaannya.

Baca juga : Cara guna dry fragrance oil by Victoria Secrete

1. Berfungsi untuk membuang makeup pada wajah
Gambar sekadar hiasan

Biasa tengokkan influencer membuang makeup mereka menggunakan minyak. Salah satu fungsi minyak kelapa daripada Victorias Secrete ini ialah ia mampu membersihkan muka anda daripada makeup yang tebal.

Apa yang anda perlu lakukan ialah, gunakan kapas muka. Tuangkan beberapa titik minyak kelapa dan sapukan pada wajah. Gosok perlahan untuk membuang makeup yang degil.

Baca juga : 8 Tips untuk memastikan kulit anda sentiasa cantik sepanjang tahun

2. Mewangikan rambut dan merawat rambut kering dan rosak
gambar sekadar hiasa.

Kebaikan minyak kelapa kepada rambut memang tidak dapat disangkal lagi. Wangian yang harum daripada victoria secrete coconut oil sleek akan memberikan rambut anda aroma yang seronok.

Apa yanh perlu anda lakukan ialah olehkam minyak kelapa sedikit ditapak tangan dan ratakan pada rambut. Lebih baik jika anda guna selepas mencuci rambut dan dikeringkan.

Baca juga : Cara guna dry fragrance oil by Victoria Secrete

3. Gunakan sebagai pelembap muka

Yaa..ia mungkin kedengan pelik, tetapi ada pengguna yang berkongsi manfaat coconut oil sleek pada kulit muka.

Sebelum tidur, oleskan sedikit coconut oil sleek pada wajah untuk memberikan kesan glowing, sekaligus membuatkan kulit muka anda kelihatan lembap.

4. Gunakan pada bahagian kulit yang berkerak dan kering

Gunakan oil sleek ini untuk melembutkan bahagian kulit yang kering dan keras seperti tumit kaki, buku lali dan belakang siku.

Kesannya, ia akan membuatkan kulit anda lebih lembut dan memberi kelembapan yang diperlukan dibahagian tersebut.

5. Jambang untuk lelaki

Coconut oil sleek dari victorias secrete ini bukan sahaja boleh digunakan untuk perempuan yaa.. Lelaki juga boleh mendapat manfaatnya.

Lelaki yang suka menyimpan jambang boleh menggunakan minyak ini untuk melembutkan rambut jambang seta memberikan haruman yang segar.

Caranya hanya sapukan dan usapkan pada jambang dan ratakan ia pada rambut dan bahagian kulit wajah anda.

Baca juga : Kebaikan dan cara guna air beras untuk rambut, muka dan badan

Keburukan yang mungkin anda alami ketika menggunakan coconut oil sleek

Mungkin anda tidak akan perasan atau mungkin akan perasan, botol coconut oil sleek kadang-ladang akan bocor dimana minyak mudah menitik dan memberikan kesan minyak pada luar botol.

Jadi, selepas anda gunakan, pastikan tiada lebihan minyak menitik kelantai atau meja anda.

Baca juga : 5 bau paling best body mist Victorias secrete

Nota Penting

Jika anda mengalami alahan, ketidaksesuaian pada kulit atau apa-apa masalah ketika menggunakan coconut oil sleek, pastikan anda menghentikan penggunaannya dan dapatkan nasihat doktor.

Sumber : 11, victoriassecret.my, Review Victorias Secrete Coconut Oil Sleek

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like