Tips merawat rambut yang beruban..| Masaalah rambut beruban bukalah sesuatu yang baru terutamanya kepada golongan remaja. Kunci utama kepada masaalah rambut ini ialah masaalah genetik bagi yang muda dan masaalah penuaan kepada yang tua.

Jika rambut anda beruban dsebabkan oleh masaalh genetik, ia mungkin sesuatu yang anda tidak boleh untuk reverse. Tetapi jika ianya berpunca daripada masaalah perubatan mungkin anda boleh merawat pigmentasi rambut kembali kepada warna asal.

Lagi satu, jika warna rambut berubah menjadi uban disebabkan oleh kekurangan vitamin dan diet yang tidak sihat, anda mungkin boleh membetulkan masaalah ini dengan penjagaan makanan yang betul.

Jom lihat tips berikut untuk merawat dan mencegah uban anda menjadi lebih banyak.

4 Cara merawat rambut beruban

Rambut beruban adalah salah satu proses penuaan semulajadi bagi setiap manusia. Jika anda berasa tidak selesa dengan proses ini yang terlalu awal terjadi jom cuba tips berikut untuk melambatkannya.

1. Perbanyakkan makanan yang kaya dengan antioxidan

Diet pemakanan yang sihat memainkan peranan yang sangat penting dalam proses penuaan. Diet yang kaya dengan antioksiden mampu mengurangkan stress oksidatif.

Apa itu stress oksidatif? Stress oksidatif adalah ketidakseimbangan radikal bebas dan antioksidan dalam tubuh yang terjadi secara semulajadi.

Antara makanan yang kaya dengan antioksidan ialah :

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar
  • Minyak zaitun
  • Ikan
  • Teh hijau

“Jadi lepas ni anda kenalah makan banyak sayur dan buah yang segar-segar untuk membantu melambatkan proses penuaan rambut uban”

2. Menangani masaalah kekurangan vitamin

Jika rambut anda bertukar menjadi putih disebabkan oleh kekurangan vitamin, anda harus menekankan pengambilan makanan yang kata dengan vitamin dan serat yang anda perlukan.

Cara paling pantas untuk mengatasi masaalah ini ialah dengan mengambil suppliment tambahan seperti tablet vitamin B12 dan vitamin D.

Untuk diet makanan harian pula, perbanyakkan memakan telur, daging dan makanan laut untuk tambahan vitamin B12. Manakala vitamin D banyak ada pada susu, keju dan ikan salmon.

3. Usahakan untuk berenti merokok

Terdapat satu kajian yang menunjukkan bahawa merokok mampu menghilangkan pegmentasi pada rambut yang membantu memberi kaler kepada rambut.

Cara yang terbaik untuk mengatasi masaalah ini ialah berhenti merokok secara total. Berhenti merokok bukan sahaja memberi manfaat kepada masaalah rambut uban tetapi ia memberi tubuh kita peluang kedua untuk terus berada dalam keadaan yang sihat.

4. Gunakan bahan semulajadi untuk memberi warna sambil merawat uban

Dipasaran sekarang terdapat banyak produk untuk mewarnakan rambut. Tetapi kebanyakan pewarna ini terkandung dengan bahan kimia lain yang mungkin boleh mempercepatkan lagi proses rambut beruban.

Secara alternatifnya, gunakan prooduk atau bahan daripada alam semulajadi yang diyakini lebih selamat dan tidak akan memberikan kesan yang buruk kepada tubuh badan.

4.1 Daun kari
daun kari merawat rambut beruban
Kredit foto : shopee.com.my

Sapa yang tidak pernah lihat daun kari boleh tengok dalam gambar diatas.

Daun kari sebenarnya sudah digunakan sejak zaman dahulu lagi untuk merawat masaalah rambut. Anda boleh dapati di kedai-kedai online atau supermarket.

Daun kari ini kaya dengan vitamin B yang mampu merangsang pertumbuhan rambut dan menambah pigmen pada akkar rambut.

Cara rawatan menggunakan kari ialah :

  1. Ambil segenggam daun kari dan rebuskan didalam air yang sederhana.
  2. Masukkan 3 sudu makan minyak kepala kedalam air rebusan tadi.
  3. Selepas 15 minit biarkan air rebusan tadi sejuk. kemudian gunakan bottle spray dan spraykan pada kulit kepala.
  4. Usap air rebusan kari di seluruh kulit kepada kemudian biarkan rehat selama 30 minit atau paling baik semalaman. Gunakan shower cap untuk lebih selesa.
  5. Last sekali basuh dan syampu rambut seperti biasa untuk menghilangkan bau dan minyak tadi.
4.2 Pokok lidah buaya

Pokok lidah buaya memang tidak asing lagi dengan khasiatnya yang pelbagai. Lidah buaya bukan sahaja baik untuk kulit wajah, tetapi ia juga baik untuk menghitamkan dan melebatkan rambut.

Cara rawatan menggunakan pokok lidah buaya :

  1. Ambil bahagian dalam lidah buaya yang bergel.
  2. Lumurkan di kulit kepala dan rambut dan rehatkan selama 10 minit.
  3. kemudian basuh seperti biasa untuk menghilangkan gel lidah buaya dan baunya.
4.3 Teh hitam

Teh hitam sebenarnya sama sahaja dengan teh hijau. Ia berasal daripada daun yang bernama Camellia sinensis.

Cuma beza pada dua teh ini ialah proses pembuatannya. Untuk membuat teh hitam, daun teh akan dikering dan oksidasikan sehingga menghasilkan rasa yang lebih kuat dan warna yang lebih gelap.

Cara rawatan menggunakan teh hitam ialah :

  1. Rendamkan dua sudu teh hitam bersama air panas selama 5 minit.
  2. Kemudian oleskan pada rambut dan kulit kepada.
  3. Rehatkan sehingga 10-15 minit.
  4. Last sekali, basuh dan bilas rambut seperti biasa.
4.4 Ridge gourd (sayur petola)
sayur petola merawat rambut beruban
sayur petola. Kredit foto : pasartamanmelawati.com

Sayur petola sangat jarang untuk anda dengar kan? Sebenarnya sayur petola sangat kaya dengan khasiat yang membantu memulihkan pigmen dan akar rambut lebih sihat.

Amalkan pengambilan sayur ini 3 kali seminggu. Selain gunakan minyak yang berasaskan petola untuk merawat rambut yang beruban.

Untuk mendapatkan minyak ini, anda boleh dapatkan di kedai-kedai online.

Kesimpulannya,

  • Dianogsis dan rawatan yang betul boleh membantu membalikkan proses rambut bertukar menjadi uban.
  • Dalam beberapa kes, proses beruban tidak boleh dirawat tetapi pemakanan yang sihat mampu membalikkan proses ini.
  • Tukar kepada ubat semulajadi untuk melambatkan proses beruban.

Sumber info : www.orami.co.id/stres-oksidatif, medicalnewstoday.com/prevention-and-reversing-premature-white-hair, alodokter.com/aneka-manfaat-teh-hitam-untuk-kesehatan, tips merawat rambut yang beruban.

Baca juga :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like