Cara menghilangkan api merah dapur gas..| Kuali atau periuk senang hangus pada bahagian buntutnya? Ia mungkin disebabkan oleh api dapur yg bertukar menjadi warna merah.
Dua warna api yang biasa terlihat pada dapur gas ialah warna biru dan merah. Api yang berwarna merah ini mempunyai suhu yang lebih rendah berbanding api biru.
Punca api dapur bertukar menjadi biru
Api dapur yang bertukar menjadi warna merah boleh terjadi disebabkan 2 faktor samaada berpunca daripada setting kepala dapur mahupun disebabkan bendasing lain.
Berikut berupakan beberapa punca yang menyebabkan api biru bertukar menjadi warna merah :
- Kadar hidrokarban yang tinggi pada bahagian burner dapur. Hidrokarbon boleh terbentuk disebabkan oleh kesan kotoran daripada sisa makanan dan sisa minyak yang baru atau lama pada bahagian corong gas.
- Kadar gas didalam dapur. Salah satu tanda tong gas anda sudah hampir kehabisan api ialah ia akan mengeluarkan api yang berwarna merah. Api merah ini mempunyai suhu yang paling rendah berbanding warna api yang lain.
Cara menghilangkan api merah pada dapur gas
Perkongsian daripada seorang pengguna fb Sharina binti Othman, beliau menunjukkan bagaimana cara menghilangkan api merah daripada dapur gas anda.
Pada gambar bahagian kanan atas menunjukkan bahagian bawah dapur yang mempunyai fungsi untuk menghilangkan api merah.
Cara-caranya ialah :
- Terbalikkan pada bahagian bawah dan pusingkan pada bahagian gambar yang bertanda anak panah merah jambu.
- Pusingkan sehingga ia menutup lubang sepenuhnya.
Hasilnya anda akan mendapatkan api yang berwarna biru. Lihat video dibawah untuk lebih faham.
Bersihkan tungku dan sprayer dapur
Selain membetulkan fungis lubang diatas, membersihkan dapur anda daripada kesan dan kotoran minyak juga sangat penting untuk mengelakkan dapur daripada mengeluarkan api yang berwarna merah.
Gunakan sabun cap buruh untuk menghilangkan kesan minyak dan kotoran yang degil pada dapur anda.
Mengapa sabun cap buruh? Sudah terbukti kebersanan sabun ini menanggalkan kesan minyak yang degil. Baca juga : Tips cuci belakang kuali lama kembali berkilat menggunakan sabun cap
Sumber info : rinnai.co.id/penyebab-api-kompor-gas-merah-dan-cara-mengatasinya,