Tips cuci belakang kuali lama kembali berkilat

Tips cuci belakang kuali lama kembali berkilat

Tips cuci kuali lama kembali berkilat : Kuali yang sentiasa berkilat dan bersih menjadi idaman semua mak-mak diluar sana kan? Korang pernah dengar tak pasal sabun cap buruh?? Haaa.. Tulah dia rahsia untuk mengilatkan kembali belakang kuali lama yang dan berkerak-kerak tu.

Review sabun cap buruh
Sumber : shopee.com.my

Inilah dia rupa sabun cap buruh tu. Kalau mak dulu-dulu dah selalu tengok sabun ni, sebab biasa sabun ini digunakan untuk membasuh baju.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk mencuci belakang periuk lama

  1. Sabut dawai
  2. Sabun cap buruh yang dipotong suku
  3. Air
Cara cuci periuk lama
kredit gambar : asmah.khairul

Untuk mendapatkan periuk yang berkilat, tentulah korang perlu kerja keras sikit. Iaitu MENYENTAL.

First sekali selepas potong sebahagian sabun cap buruh tadi, korang celup dalam bekas yang berisi air dulu.

Kemudian ambil sabut dawai, tonyohkan di sabun tersebut dan sentalkan pada bahagian kuali yang dah hitam tadi.

InshaAllah korang akan mendapat hasil yang memuaskan. Sebab dah banyak pun orang kongsikan hasil dengan menggunakan sabun ni.

Sabun yang power untuk baju putih

Sabun cap buruh ini bukan ja power menghilangkan kerak hitam di periuk dan kuali. Ia juga sangat berkesan mencuci pakaian putih yang ada kesan hitam.

Terutama sekali baju sekolah anak-anak. Biasanya baju putih sekolah pada bahagian leher dan ketiak akan ada kesan daki hitam kan?

Caranya mudah je kalau korang ada sabun cap buruh ni. Sebelum basuh tu, korang basahkan sabun dengan air dan tonyoh sikit pada bahagian yang hitam tersebut.

Kemudian basuh macam biasa. Gunakan sabun yang biasa anda gunakan dan masukkan sedikit ketulan sabun cap buruh. Kalau takut ada kesan sabun yang tidak hancur, cuba sagat sabut tersebut kemudian taburkan dalam mesin basuh.

Penutup…

Itu dia dua fungsi sabun cap buruh ni yang korang kena cuba bereksperiment sendiri. Kemudian sharekan hasilnya kepada kawan-kawan ya.

Selamat mencuba!

Baca juga :

Kredit video : https://www.facebook.com/groups/1653198941557501/permalink/1693225910888137/

Sumber info : https://www.google.com/amp/s/siraplimau.com/cara-basuh-baju-putih-sekolah-tanpa-menyental/amp/, Tips cuci kuali lama kembali berkilat

Berjaya

Related Posts

Dari 0 ke 1000 Pageview Blog Sehari: 5 Tips Yang Boleh Anda Cuba Sekarang!

Dari 0 ke 1000 Pageview Blog Sehari: 5 Tips Yang Boleh Anda Cuba Sekarang!

Withdraw Komisyen Involve Asia 2025: Proses & Tips Yang Perlu Anda Tahu

Withdraw Komisyen Involve Asia 2025: Proses & Tips Yang Perlu Anda Tahu

Dari Zero ke Komisyen: Pengalaman Pertama Withdraw Duit Dari Involve Asia

Dari Zero ke Komisyen: Pengalaman Pertama Withdraw Duit Dari Involve Asia

Setahun Berjuang: Bagaimana Blog Ini Berjaya Mencapai 1000 Pageview Sehari

Setahun Berjuang: Bagaimana Blog Ini Berjaya Mencapai 1000 Pageview Sehari

No Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *