Kisah Nabi Daud: Perang, Sejarah Puasa Daud, Mukjizat dari Allah
5. Allah mengangkat Nabi Daud menjadi Khalifah/Raja kepada Bani Israil
Perang demi perang yang dilalui oleh Nabi Daud bersama tentera Raja Talut. Pada suatu ketika, Raja Talut gugur di medan perang. Lalu Allah menaikkan Nabi Daud AS menjadi raja dan memimpin pasukan tenteranya sebanyak 40 ribu.
Allah berfirman didalam surah Saad [3] ayat 26 :
"Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu."
Sepanjang Nabi Daud memimpin Bani Israil, beliau sangat terkenal dengan susuk yang gagah perkasa, bijaksana dan penyayang.
Didalam surah An-Naml [27] : 15 Allah memberi kepandaian kepada Nabi Daud :
"Dan sesungguhnya Kami telah memberi ilmu kepada Daud dan Sulaiman; dan keduanya mengucapkan: "Segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dari kebanyakan hamba-hambanya yang beriman".
6. Mukjizat Nabi Daud : kemampuan melembutkan besi, dan kemerduan suara sehingga membuatkan gunung dan burung turut sama ikut bertasbih
Allah mengurniaakan mukjizat ini kepada Nabi Daud dan dinyatakan didalam Surah Saba’ [34] : 10-11 :
10.~ Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Nabi Daud limpah kurnia dari Kami (sambil Kami berfirman): "Hai gunung-ganang, ulang-ulangilah mengucap tasbih bersama-sama dengan Nabi Daud, dan wahai burung-burung (bertasbihlah bersama-sama dengannya)!" Dan juga telah melembutkan besi baginya; 11.~ (Serta Kami wahyukan kepadanya): "Buatlah baju-baju besi yang luas labuh, dan sempurnakanlah jalinannya sekadar yang dikehendaki; dan kerjakanlah kamu (wahai Daud dan umatmu) amal-amal yang soleh, sesungguhnya Aku Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan".
Selain itu, Allah turut mengurniakan kepada Daud berupa ilmu untuk membuat baju-baju besi. Dengan berkat ilmu ini, banyak peperangan yang dipimpin oleh Nabi Daud mendapat kemenangan atas izin Allah. Baju besi juga turut menambahkan lagi kekuatan dan kekebalan tentera-tentera Nabi Daud. Firman Allah didalam surah al-Anbiya’ ayat 80 :
"Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur?"
Nabi Daud turut diberi kunia oleh Allah untuk memahami bahasa burung yang juga mukjizat teragung daripa Allah SWT. Didalam surah An-Naml [27] : 16, Allah berfirman :
"Dan Sulaiman telah mewarisi Daud, dan dia berkata: "Hai Manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu kurnia yang nyata".
Dengan segala kurniaan Allah yang begitu banyak, Nabi Daud menjadi sangat bersyukur. Nabi Daud pun menjawab syukurnya didalam surah An-Naml [27] ayat 15 :
"Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman".
7. Kisah Nabi Daud dengan si pemanjat pagar yang menuntut keadilan daripadanya
Nabi Daud ketika zaman pemerintahannya terkenal dengan adil dan saksama kepada rakyatnya. Beliau juga dikurniakan Allah dengan kebijaksanaan dalam memutuskan dan mengadili sesuatu keputusan.
Pada suatu hari, datang ujian Allah untuk menguji keadilan daripada Nabi Daud. Malah Allah turut menceritakan kisah ini didalam al-Quran supaya menjadi pengajaran kepada generasi yang akan datang.
Allah bercerita didalam surah Sad [38] ayat 21-25 :
21.~ Dan sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) berita (perbicaraan dua) orang yang berselisihan? Ketika mereka memanjat tembok tempat ibadat; 22.~ Iaitu ketika mereka masuk kepada Nabi Daud, lalu ia terkejut melihat mereka; mereka berkata kepadanya: " Janganlah takut, (kami ini) adalah dua orang yang berselisihan, salah seorang dari kami telah berlaku zalim kepada yang lain; oleh itu hukumkanlah di antara kami dengan adil, dan janganlah melampaui (batas keadilan), serta pimpinlah kami ke jalan yang lurus. 23.~ " Sebenarnya orang ini ialah (seorang sahabat sebagai) saudaraku; ia mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing betina dan aku mempunyai seekor sahaja; dalam pada itu ia (mendesakku dengan) berkata: ' Serahkanlah yang seekor itu kepadaku ', dan dia telah mengalahkan daku dalam merundingkan perkara itu". 24.~ Nabi Daud berkata: " Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu (sebagai tambahan) kepada kambing-kambingnya; dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit!" Dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat). 25.~ Maka Kami ampunkan kesalahannya itu; dan sesungguhnya ia mempunyai kedudukan yang dekat di sisi Kami serta tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak).
Daripada peristiwa diatas, terlihat jelas bahawa Nabi Daud tidak memihak antara keduanya. Beliau meletakkan perkara yang zalim kepada yang zalim dan mengadili kepada yang tertindas.
8. Peristiwa amalan puasa Nabi Daud
Apakah yang dimaksudkan dengan puasa Nabi Daud? Puasa Daud membawa maksud puasa yang berselang-seli sesuai dengan apa yang Nabi Daud amalkan. Di sebalik amalan puasa ini terdapat sebuah kisah tentang Nabi Daud sehingga beliau bertaubat dan memulai berpuasa berselang seli.
Kisahnya bermula apabila, ada suatu ketika, Nabi Daud telah jatuh hati pada seorang perempuan yang sudah berkahwin. Ketika itu juga, suaminya sedang mengikuti para tentera Nabi Daud untuk berperang sehinggalah dia mati syahid dalam satu peperangan.
Lalu Nabi Daud pun menikahi perempuan tersebut. Namun selepas itu beliau berasa bersalah atas perasaan sebelumnya.
Rasa bersalah itu membuatkan Nabi Daud bertaubat kepada Allah dan mulai berpuasa secara berselang-seli. Puasa inilah yang sehingga kini dikenali dengan nama puasa Daud.
Baca juga :
- Senarai Kisah 25 Nabi pilihan Allah
- Kisah Nabi Zulkifli : Sanggup menjadi Raja pada zamannya
- Kisah Nabi Harun : Kesetiaannya berjuang dibicarakan oleh Allah
- Kisah Nabi Musa : melawan raja Firaun yang kejam
Repost dan rujukan : wikipedia, suara.com, detik.com, alquranalhadi.com, mysurah,
- Hukum mewarna dan mencabut uban
- Cara sabarkan diri : sabar dalam islam
- Rahsia untuk berjaya dan tenang -U. Wadi Annuar
- Cara membersihkan hati yang sudah berkarat – Habib Ali Zainal Abidin
- Covid 19 sebagai ujian kepada manusia – ujian tanda Allah sayang
- Kenapa ujian Allah kepada manusia itu berbeza-beza – U. Ebit Liew






No Comment