Tips simpan telur supaya tahan lama : Tahukah anda berapa lama telur boleh disimpan didalam peti ais? Tentulah telur akan lebih lama bertahan jika disimpan didalam peti ais berbanding jika hanya dibiarkan terdedah pada suhu bilik.

Telur. Sekadar hiasan. Sumber foto : google image

Telur jika disimpan didalam peti sejuk, ia mampu bertahan antara 3 hingga 5 minggu. Puratanya selama satu bulan.

Tetapi ia bergantung juga pada suhu dalam peti ais. Lagi rendah suhu nya, lagi lambatlah telur korang nak membusuk. Ini kerana suhu yang rendah akan melambatkan pembiakan bakteria.

Tips simpan telur supaya tahan lama

Tips simpan telur supaya tahan lama
Sumber foto : shopee.com.my
1. Elakkan meletak telur dipintu peti sejuk

Kalau korang lihat biasa tempat simpan telur terletak dibahagian pintu bukan?

Untuk mereka yang jarang memasak, disaran supaya menyimpan telur dibahagian tengah peti ais. Elakkan menyimpan telur pada bahagian pintu peti ais.

Pintu peti ais adalah yang paling hampir dengan suhu luar. Jadi suhu disitu akan cepat berubah-rubah bila pintu sentiasa dibuka dan ditutup. Akhirnya suhu yang sentiasa berubah ini mempercepatkan lagi telur korang menjadi busuk.

2. Segera disimpan didalam peti sejuk

Pada bahagian kuning telur mengandungi bakteria Salmonella yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan dan membuatkan telur cepat busuk.

Bakteria ini boleh dibunoh jika diletak pada suhu 4 oC. Sebab itu korang tidak digalakkan memakan telur mentah tanpa dimasak.

Telur separuh masak ditambah pula serbuk blackpaper dan kicap tetap menjadi pujaan hatiku.. Hahaha”

3. Gunakan bekas asal telur

Bekas asal telur yang berwarna kelabu asap tu sebaiknya tidak dibuang. Gunakan ia untuk menyimpan terus telur didalam peti ais. Ini sebab-sebabnya :

  • Bekas original dapat melindungi telur daripada pecah
  • Bekas yang terbuat daripada kertas itu mampu mencegah telur daripada menyerap bau yang terdapat didalam peti ais
  • Terdapat tarikh luput telur pada bekas original
  • Kedudukan telur kuning akan tetap berada di tengah.

Selamat mencuba!

Baca juga :

Sumber info : https://nadhiewueen.blogspot.com/2020/08/tips-simpan-telur-di-rumah-agar-tahan.html?m=1,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like