Tips sambal tahan lama tanpa pengawet : Produk-produk yang berasaskan sambal dan dipacking didalam botol sederhana bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Dipasaran terdapat pelbagai jenama dan jenis-jenis sambal yang korang boleh beli.

Baru-baru ini, influencer yang terkenal dengan video masakan iaitu Kahirul Aming mendapat jualan sehingga 10 ribu unit sambal nyet dalam masa tidak sampai 1 jam.

Waaa,, dasyat kan?? yela rezeki dia. InshaAllah mungkin rezeki dia yang banyak tu dia salurkan pada jalan Allah ke kan?

Cara supaya sambal tahan lama
Sambal tomat sangat terkenal dan mudah disediakan

Antara 10 jenis sambal yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia ialah :

  1. Sambal tumis
  2. Sambal kicap
  3. Sambal ketuk
  4. Sambal belacan
  5. Sambal budu
  6. Sambal tokmat
  7. Samal kering
  8. Sambal tempoyak
  9. Sambal hitam
  10. Sambal gesek
Tips supaya sambal tahan lama tanpa bahan pengawet

Biasa sambal yang paling biasa dibuat homemade ialah sambal tokmat lah. Sambal ini dipanggil tokmatt kerana bahan asasnya ialah tomata. Jom ikuti beberapa tips berikut untuk membuatkan sambal korang boleh tahan lebih lama.

1. Kurangkan penggunaan air

Air merupakan bahan utama yang menyebabkan sambal korang cepat rosak. Terdapat dua option untuk anda elak menggunakan air.

  • Blend menggunakan food processor atau blend tangan. Gunakan hanya sedikit minyak untuk memblend.
  • Atau guna cara tradisional iaitu semua bahan tadi ditumbuk dengan tangan.
2. Pecah minyak

Tips kedua ialah pastikan sambal korang kering dan pecah minyak ketika menggoreng.

Seperti yang saya sebutkan diatas, sambal yang berair dan tidak kering menyebabkan sambal korang tidak dapat tahan lama. Biarkan hanya minyak yang membasahi sambal. 

Tambahan tips, korang boleh tinggalkan sambal dengan api yang sederhana sehingga 30 minit untuk memastikan air betul-betul kering daripada sambal.

3. Sejukkan sebelum disimpan

Sebelum korang nak simpan sambal didalam botol, pastikan sambal tersebut sudah betul-betul sejuk.

Ini bagi mengelakkan wap air daripada penutup bekas jatuh dan masuk kedalam sambal. Sekaligus menyebabkan sambal menjadi buruk dan basi.

4. Bekas kedap udara

Akhir sekali, pastikan bekas yang korang guna untuk menyimpan sambal tu boleh ditutup rapat dan kedap udara.

Simpankan bekas sambal didalam peti sejuk. InshaAllah dengan cara ini, sambal korang mampu bertahan sehingga 2 bulan.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Baca juga :

Sumber info : youtube/tripujis, niknock.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like