Tips berbasikal didalam cuaca yang panas..| Malaysia merupakan negara yang berada dikedudukan katulistiwa dimana cuaca di sini akan mengalami panas sederhana sepanjang tahun.

Tetapi, bagi penggembar aktiviti ini, cuaca yang panas bukanlah sesuatu yang boleh menghalang mereka daripada terus berbasikal.

Jom ikuti 5 tips berikut untuk mengelakkan anda daripada terhidrasi dan terlalu panas.

Gambar sekadar hiasa. Sumber : google image

5 Tips melakukan aktiviti berbasikal didalam cuaca yang panas

Berbasikal dalam cuaca yang panas dan terik adalah sangat mencabar. Tetapi bagi peminat aktiviti ini, mereka tetap bersemangat untuk terus melakukannya.

#1 Pastikan anda kekal terhidrasi

Berbasikal didalam cuaca yang panas menyebabkan kesukaran untuk badan anda kekal terhidrasi. Kesannya, badan ada akan mengeluarkan peluh untuk menyejukkan badan dan badan akan kehilangan kuantiti air yang lebih banyak.

  • Semasa menunggang basikal, pastikan anda mempunyai stok bekalan air yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 2 botol air.
  • Ketahui trak laluan berbasikal anda untuk mengetahui tempat yang anda boleh topup air.
  • Jika perjalanan jauh, kerapkan meneguk air walaupun secara sikit-sikit.
  • Elakkan daripada meminum air hanya ketika anda sudah merasa dahaga.
  • Tambahkan stok minuman anda selain air kosong dengan minuman berelektrolit untuk menambah tenaga.
  • Boleh juga anda bekukan botol minuman anda sebelum beraktiviti untuk mendapatkan air yan lebih sejuk. Sekurang-kurangnya air sejuk dapat bertahan untuk 1 jam pertama.

#2 Pemakaian yang sesuai untuk berbasikal dan cuaca yang panas

Dengan pelbagai jenis pakaian dan design yang ada dipasaran, tiada alasan untuk anda memakai pakaian tebal yang biasa khusus untuk musim sejuk.

Pemilihan pakaian yang diperbuat daripada bahan yang lebih ringan dan menyerap peluh boleh membantu menyejukkan badan dengan lebih cepat.

  • Pilih baju sukan yang mempunyai zip pada bahagian hadapan. Ia membantu jika anda perlu untuk memasukkan angin dalam pakaian,
  • Gunakan sarung tangan tanpa jari berbanding sarung tangan sepenuhnya.
  • Bagi lelaki, seluar pendek bawah lutut mungkin lebih baik berbanding seluang panjang sepenuhnya.
  • Gunakan cermin mata hitam dengan pelindung UV 100% untuk mwlindungi mata anda daripada cahaya matahari, habuk dan serang yang terbang ketika sedang mengayuh.

#3 Sentiasa perhatikan jalan yang anda sedang lalui

Jika pada musim hujan, jalan akan menjadi sangat mencabar dengan lubang yang tidak kelihatan dan jalan menjadi licin. Musim panas pula memberi cabaran yang lain pada jalan yang anda lalui.

Pada musim panas, kemungkinan tar jalan mencari dan melekit boleh menyebabkan tayar basikal anda rosak. Selain menyebabkan ia melekat dan tersangkut pada tayar.

Selain itu, batu kecil kelikir juga berkemungkinan melekat pada celah bunga tayar. Yang akhirnya menyebabkan cengkaman tayar menjadi longgar dan menyebabkan kemalangan.

#4 Gunakan krim pelindung matahari

Jika dinegara barat, mereka mungkin sangat bangga dengan tan kaler yang lebih gelap. Tetapi di Malaysia, sudah tentulah anda ingin melindungi kulit daripada rosak terkena matahari.

Oleh itu, anda disarankan menggunakan krim pelindung UV dan matahari. Gunakan krim ini pada bahagian yang terdedah seperti lengan kaki muka dan belakang leher.

#5 Tentukan masa yang sesuai untuk berbasikal

Walaupun anda sangat bersemangat untuk melakukan aktiviti kegemaran anda ini, masih perlu untuk anda elak daripada keluar pada cuaca yang paling panas sekali.

Bagaimana itu? Jika anda sudah tetapkan untuk berbasikal pada hati sekian-sekian, pilihlah waktu yang paling kurang panasnya iaitu pagi dan petang.

Berbasikal pada waktu pagi atau petang boleh memberi faedah tersendiri seperti :

  • Jalan raya yang lebih senyap dan lapang sebab kurangnya kenderaan
  • Senang untuk mengesan hidupan liar yang biasanya tersembunyi ketika matahari terbit sepenuhnya di langit.
  • Jika anda menunggang pada waktu petang, pastikan anda dilengkapi dengan lampu sekiranya anda terlalu seronok sehingga terlajak ketika matahari terbenam.

Jangan lupa jalan pulang kerumah…

Kesimpulannya, sentiasalah berhati-hati dalam apa jua keadaan ketika anda beraktiviti.

Jangan lupa jalan pulang kerumah yaa..

Baca juga :

Kredit : www.cyclingweekly.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like