Tips kupas bawang merah dan putih dengan mudah dan cepat : Tips yang akan dikongsikan ini sangat berguna buat ibu-ibu yang tidak suka duduk lama-lama didalam dapur.

Emmm… apa perkara yang paling leceh ketika mengupas kulit bawang? Bagi saya ialah kulit bawang yang sangat degil untuk tertanggal. Nak-nak bawang kecil. Sangat mengambil masa yang lama.

Cara kupas bawang merah
Sumber gambar : shopee.Com.My

Tips mudah kupas kulit bawang merah

Kalau sebelum ini kita kupas bawang cara biasa pasti akan menyebabkan mata senang berair.

Selain itu, bawang juga akan kelihatan buruk kerana tercedera terkena mata pisau. Bahkan yan lebih buruk, tangan anda akan menjadi kehitaman disebabkan oleh kesan daki daripada kulit bawang.

Tips kupas kulit bawang merah mampu menjimatkan masa sehingga 5x ganda. Ayoh simak cara-caranya.

  1. Didihkan air panas didalam satu periuk kecil
  2. Selepas didihkan, ditutup api dulu. Kemudian masukkan bawang yang mahu dibersihkan kulitnya tadi.
  3. Rendamkan sehingga 2-3 minit. Jangan rendam terlalu lama. Takut nanti bawang akan menjadi masak pula.
  4. Tuskan bawang yang sudah direndam tadi dan anda boleh memulakan untuk mengupas bawang merah korang.

Dengan cara ini, korang tidak akan lagi berdrama semasa mengupas bawang merah.

Tips menghilangkan kesan hitam pada jari selepas kupas bawang merah

Daki pada kulit bawang merah selepas korang mengupas tidak akan boleh hilang jika hanya dibilas dengan sabun dan air.

Saya sudah lama mencuba cara ini. Apatah lagi jika tangan ni dilap pada kain, kain tersebut pulak terkena bau bawang. Saya memang tak suka bau bawang yang sudah terperap pada baju”

Satu tips yang diajar oleh opah saya untuk korang cuba ialah dengan tonyohkan limau nipis atau apa jenis limau sekalipun pada bahagian jari yang ada kesan hitam bawang merah tersebut.

InshaAllah jari korang menjadi sangat bersih. Dan bau bawang tu pun matl sekali.

Benarkah jika letak bawang pada hujung pisau mata tidak akan pedih

Tips elak mata pedih masa kupas bawang
Kredit foto : cookpad.Com

Biasa korang dengarkan, kalau taknak mata pedih masa kupas bawang merah, cucukkan hujung pisau dengan sebiji bawang.

Teringat masa kecil dulu, saya mempraktiskan cara tersebut. TETAPI.. Air bawang tetap akan masuk dalam mata. Rupanya tips tersebut tidak berkesan pun untuk elak mata menjadi pedih.

InshaAllah teknik merendam bawang merah sebelum dikupas diatas tidak akan memedihkan mata korang.

Tips mudah kupas kulit bawang putih

Perkongsian daripada internet menunjukkan dua cara yang orang biasa kongsikan cara untuk mudah kupas kulit bawang putih.

1. Masukkan bawang putih kedalalm bekas tertutup dan goncangkan.

Cara macam ini saya sudah cuba. Tetapi malahan saya sendiri yang terguncang sekali. Hahaha..

Cara ini agak tidak lumayan sebab ia memerlukan tenaga yang sangat banyak. Malah kalau guncangan tidak kuat, maka kulit bawang tidak akan longgar yee.

2. Gunakan hujung pisau untuk menarik bawang putih keluar daripada kulitnya.

Kupas bawang putih
Kredit foto : liputan6.com

Cara kedua ni macam dalam gambar diatas.

Cara ini pun saya sudah cuba. Agak susah ya nak cabut dia keluar apatah lagi kalau bawangnya masih belum matang. Tenaga juga akan banyak habis untuk mengeluarkan bawang dari sarungnya tu.

Jom korang cuba pula cara yang ketiga ini.

3. Rendamkan bawang putih

Cara ini sangat sesuai kalau korang nak kupas bawang putih dalam kuantiti yang banyak. Atau korang nak siap kupas dia banyak-banyak untuk dibuat stock memasak.

Caranya mudah sangat. Berbeza dengan bawang merah yang perlu drendam didalam air panas, bawang putih hanya perlu direndam di dalam air yang biasa.

Rendamkan selama 10-15 minit. Kemudian korang hanya perlu gunakan tangan untuk mengupas kulitnya. Sangat mudah dan menjimatkan masa.

Itu sahaja tips-tips yang korang boleh cuba. Jika korang ada tips yang lebih baik, korang boleh kongsikan dengan meninggalkannya diruangan komen.

Selamat mencuba!

Baaca juga :

Sumber info : https://youtu.be/-myOannpHW8, https://m.liputan6.com/citizen6/read/3992166/viral-trik-mudah-dan-cepat-kupas-kulit-bawang-putih-dalam-hitungan-detik, Tips mudah cepat kupas bawang merah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like