Cara goreng ikan supaya tidak melekat : Ikan goreng yang rangup kulitnya menjadi kegemaran ramai orang. Termasuklah saya sendiri. Ikan goreng yang paling favourite ialah ikan pelaling kecil yang digoreng garing.

“Ikan pelaling kecil ni kalau digoreng garing boleh sampai tulang dan kepala dia pun boleh dimakan sekali. Semua dah jadi rangup. Sangat sedap dimakan dengan nasi panas dan sambal kering”

Ikan goreng tidak melekat
Sumber gambar : daily makan.com

Cara goreng ikan supaya tidak melekat

Ikan goreng yang sedap ialah ikan yang kulitnya rangup diluar dan juicy didalam. Ikan yang melekat dikuali akan menyebabkan korang kehilangan kulit ikan yang sedap sekaligus ikan korang akan kelihatan buruk. Jom cuba petua berikut untuk memastikan ikan anda tidak melekat pada kuali.

Tips 1. Kunyit

Selalunya untuk menggoreng ikan memerlukan saduran garam dan kunyit. Pastikan air ikan ditus dengan baik supaya kunyit dapat disadur dengan baik pada ikan.

Jangan kedekut kunyit. Lebihkan sedikit kunyit untuk memeri rasa dan crispy pada ikan.

Tips 2. Pastikan kuali bersih

Kuali yang tidak bersih ialah kuali yang mempunyi sisa kotoran masakan yang lama.

Biasanya sisa macam ini susah nak disental jadi korang akan biarkan je ia dikuali. Sebenarnya sisa kerak ini yang akan membuatkan ikan lebih melekat pada kuali.

Satu cara kalau korang taknak rendam lama-lama kuali kotor tu dalam sinki. Kuali yang berkerak tadi, korang letak air sikit dan biar ia mendidih atas api dalam 3 minit. Nanti cepat ja sisa kerak dikuali akan lembut”

Tips 3. Asam keping

petua ni dah biasa dengar mak-mak kita ajar kan? Tapi korang dan cuba belum? Kesan asam keping ini bukan sahaja tidak melekatkan ikan pada kuali, malah ia akan memberi kesan yang lebih crispy kepada ikan goreng korang.

Terdapat dua cara yang korang boleh cuba dengan asam keping ini :

  1. Didalam minyak sebelum menggoreng, masukkan asam keping. Tunggu sekejap baru masukkan ikan.
  2. Atau tuang minyak sedikit, goreng dulu asam keping, kemudian buangkan asam keping terebut. Selepas itu baru ditambah minyak secukupnya dan digoreng ikannya.
Tips 4. Pastikan minyak sudah cukup panas

Jika anda memasukkan ikan sebelum minyak panas, ini juga menyebabkan ikan lebih mudah melekat pada kuali.

Minyak yang cukup panas dapat mengelakkan ikan daripada melekat. Sebab apa? Sebab masuk je ikan dalam kuali terus kulitnya menjadi keras.

Haa, itu dia 4 tips yang korang boleh cuba lepas ni. Kalau degil jugak dia melekat, korang beli jela non-stick pan tu. Habis cerita.. Jom tengok pula extra tips dibawah.

Extra tips : Untuk mendapatkan ikan goreng yang rangup diluar lembut didalam

ikan yang panas-panas, dapat pula yang macam diatas pasti akan membuatkan korang bertambah-tambah nasi nya.

Caranya mudah ja, masa nak menggoreng tu, korang tutup je kuali dengan penutup dan gorengkan macam biasa.

Selamat mencuba.

Baca juga :

https://cakapmanis.com/6-petua-nak-elak-ikan-melekat-ketika-digoreng/, https://youtu.be/tye0zaovqpM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like