Tips memasak nasi supaya tidak cepat basi : Nasi dan lauk pauk yang terlalu cepat basi menjadi petanda bahawa rumah anda mungkin ada gangguan jin. Tetapi terdapat juga penyebab lain yang anda boleh cek.

Antara penyebab yang menjadi punca nasi anda cepat basi ialah :

  • Kapasiti elektrik yang tidak mencukupi. Contohnya jika korang lihat lampu mentol rumah sering berkelip-kelip, itu mungkn petanda elektrik korang tidak kuat. Kapasiti elektrik yang rendah memberi kesan kepada rice cooker yang sedang digunakan. Ia boleh menyebabkan nasi menjadi mentah dan sebagainya.
  • Rice cookernya kotor. Kesan sisa makanan lama yang tidak dibersihkan dengan betul menyebabkan bakteria senang membiak pada nasi.
  • Rice cooker yang sudah terlalu lama mungkin sudah rosak. Rice cooker yang sudah rosak membuatkan nasi korang tidak akan dapat masak dengan sempurna.
  • Tidak kacau nasi sejurus selepas masak. Nasi yang sudah matang tidak dikacau menyebabkan wap-wap air yang masih berada dicelah-celah nasi menyebabkan nasi cepat berair dan basi
Cara masak nasi agar tidak cepat basi
Google image

Tips memasak nasi supaya tidak cepat basi

Sebutir nasi ibarat setitik peluh petani”

Kita biasa dengarkan logo iklan diatas. Nasi yang terlalu cepat basi menyebabkan satu pembaziran. Sedangkan nasi yang tidak habis itu boleh dibuat pelbagai menu lain seperti nasi goreng dan bubur nasi.

Jom ikuti beberapa tips berikut untuk memastikan nasi korang tidak cepat basi.

1. Pastikan rice cooker berfungsi dengan baik

Jika nasi korang kerap sangat ada yang mentah, mungkin korang yang pandai boleh cek bahagian dalam periuk nasi yang rosak. Atau kalau korang mampu, boleh cari periuk nasi yang baru.

Pelbagai jenis dan design periuk nasi yang terbaru dan terbaik yang korang boleh cari. Periuk nasi yang paling terbaru dilengkapi dengan sistem masa dan lubang wap yang lebih baik.

2. Cuci beras 2 atau 3 kali

Tahukah korang, kanji yang terdapat pada nasi tu yang menjadi punca nasi cepat basi.?

Kalau cara saya mencuci beras ialah dengan memastikan air bilasan beras tu tidak lagi mengeluarkan warna putih yang keruh”

Untuk mereka yang rasa akan berlaku pembaziran air, korang boleh basuh beras dengan cara macam ni :

Isi air dalam periuk, kemudian tutup air dulu. Buat pusingan dalam periuk dengan tangan supaya kanji terebut keluar. Kemudian toskan air nya. Ulang step yang sama sebanyak 2 atau 3 kali.
3. Cuci sisa beras dalam periuk dengan dawai

Jenis periuk nasi sekarang kebanyakannya diperbuat daripada element nonstick.

Tetapi jenis periuk nasi yang biasa pasti rasa annoying dengan kerak nasi yang degil untuk tertanggal.

Saya juga menggunakan periuk nasi yang biasa. Kerak nasi yang degil dah menjadi rutin untuk disental. Cara lain untuk cepatkan kerak nasi tersebut lembut ialah dengan rendam sekejap dengan air panas”

Kerak-kerak nasi yang korang tak perasan dia masih dalam periuk itu yang menyebabkan nasi cepat basi ye. Jadi sebelum memasak, pastikan periuk nasi bersih daripada sisa yang lain.

4. Pastikan wap air keluar

Untuk mengelakkan wap air tidak terperangkap dalam periuk, Selepas gemburkan nasi, angkat sedikit tepi periuk untuk memberi ruang wap nasi tadi keluar.

Pastikan pada bawah penutup periuk tiasa kesan air daripada wap jatuh kedalam nasi. Lap kering kesan air wap tadi dan inshaAllah nasi korang tidak akan cepat basi.

Penutup..

Itu dia 4 tips yang korang boleh cuba untuk menggelakkan nasi daripada cepat basi.

Selamat mencuba!

Baca juga :

Sumber info : https://www.google.com/amp/s/www.popmama.com/amp/life/home-and-living/bernadine/penyebab-nasi-cepat-basi-di-rice-cooker, https://sinaranwanita.com/2020/11/11/nasi-cepat-basi-jom-cuba-3-cara-ni-mesti-tahan-lama/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like