Tips menghilangkan rasa pahit pucuk betik : Mungkin tidak ramai yang tahu pucuk betik boleh dimakan. Pucuk betik sinonim dibuat sebagai ulam atau kerabu.

Pucuk betik mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Antaranya ialah :

  • Membantu pesakit diabetis dengan menurunkan kadar gula dalam darah. Daunnya yang bersifat antioksidan membantu menurunkan kadar gula dalam darah.
  • Serat papain. Serat ini yang terkandung didalam daun betik boleh membantu mereka yang mempunyai masalah pencernaan.
  • Anti-inflamasi. Daun betik dikatakan mengandungi pelbagai kandungan yang bermanfaat sebagai anti-inflamasi, seperti papain, vitamin E, dan flavonoid.
  • Menyihatkan dan mencantikkan kulit. Daun betik mempunyai sejenis enzim yang membantu mempercepatkan penyembuhan kulit yang terluka. Ia juga membantu menanggalkan sel-sel kulit mati dan merawat jerawat di wajah.
Tips menghilangkan rasa pahit pucuk betik
Kerabu pucuk betik. Kredit : namakucella.blogspot.com

Dulu kecik-kecik saya dan mak rajin kutip pucuk betik yang muda-muda untuk buat kerabu macam dalam gambar diatas. Serius sedap. Dah lama saya tak makan sebab semua pokok betik dah kena tebang”

Tips menghilangkan rasa pahit pucuk betik

Pucuk betik ni korang tidak boleh makan terus macam ulam-ulam yang lain ye. Rasanya sangat pahit. Dan lagi bahaya jika getah pada serat daunnya tidak dicuci bersih.

Biasanya daun pucuk betik akan direbus sehingga lembut. Jadi bagaimana nak menghilangkan rasa pahit daun betik ni?

Petua mak saya ialah ketika merebus daun betik, rebuskan sekali dengan daun senggani (mungkin ada banyak nama dia yang lain)

Daun senggani untuk rebus pucuk betik
Ini dia rupa daun senggani

Daun senggani atau cengodok ini biasanya akan tumbuh meliar diatas tanah terutama kawasan tanah yang kering dan padat.

Selain itu, korang juga boleh guna daun pokok jambu batu untuk direbus sekali bersama daun pucuk betik.

Didalam air rebusan, masukkan garam secukupnya dan sedikit minyak sayuran. Selepas sayur menjadi lembut, angkat daun betik sahaja kemudian toskan. Daun yang lain korang boleh buang saja ya. Jangan dimakan pula!

Sedap makan kerabu pucuk betik nie bersama nasi panas dan sambal belacan. InshaAllah pasti nak tambah lagi.

Selamat mencuba!

Baca juga :

Sumber info : https://www.mstar.com.my/xpose/famili/2021/05/29/bukan-sahaja-dibuat-ulam-ada-5-manfaat-daun-betik-kepada-kesihatan-anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like