Tips kekal sihat di musim panas..| Purata suhu cuaca di Malaysia ialah diantara 23oC – 33oC. Malaysia merupakan negara yang terletak pada garisan khatulistiwa. Dimana negara ini akan mengalami panas dan hujan sepanjang tahun.
Menurut weatherspark.com, Malaysia kebiasaannya dijangkakan akan mengalami musim panas bermula pertengahan Februari sehingga penghujung bulan Mei. Manakala musim dingin akan berlaku pada bulan November sehingga bulan Januari.

10 Tips untuk kekal sihat di musim panas ini
Bagaimana jika anda planning untuk bercuti dimusim panas ini? Walaupun Malaysia tidak mengalami musim panas yang melampau seperti negara 4 musim, tetapi sedikit sebanyak tetap boleh memberi kesan kepada diri jika terlalu lama terdedah kepada matahari.
Jom amalkan 13 tips berikut ketika anda berada dimusim panas ini.
1. Banyakkan minum air masak
- Banyakkan minum air masak tanpa mengira aktiviti apa yang anda lakukan.
- Jangan tunggu dahaga baru nak minum air.
- Elakkan pengambilan air yang bergula terlalu banyak.
- Kurangkan pengambilan air yang terlalu sejuk kerana ia boleh menyebabkan krem pada perut.
2. Pakai pemakaian yang sesuai
Ciri-ciri pakaian yang sesuai untuk musim panas :
- Diperbuat daripada material yang lebih ringan dan lembut.
- Kaler yang tidak terlalu terang.
- Pakaian yang longgar atau tidak terlalu ketat.
3. Kurangkan berjalan ditengah panas
- Gunakan penghawa dingin atau penyejuk bilik untuk menyejukkan badan anda. Lihat juga : Air cooler terbaik : Review ELBA EAC-H6580RC(WH)
- Anda juga boleh mengunjungi tempat-tempat beriadah yang boleh menyejukkan badan seperti kolam mandi indoor, shopping mall dan sebagainya.
4. Mandi adalah lebih baik berbanding kipas elektrik
Kipas elektrik sebenarnya tidak dapat membantu anda menyejukkan badan jika cuaca menjadi terlampau panas.
Jadi, mandilah dengan air yang sejuk. Gunakan ais jika perlu.
5. Jadualkan aktiviti luar rumah dengan lebih berhati-hati
Untuk mengelakkan anda berada terlalu lama dibawah musim panas, pastikan anda menjadualkan aktiviti anda dengan lebih baik.
6. Berexcercise didalam rumah
Gunakan treadmil untuk berjogging didalam rumah. Jika tiada, memadai berlari anak diruang yang sesuai untuk bersenam didalam rumah.
Jika jantung anda terlalu laju ketika sedang berlari, perlahankan larian dan berhenti.
7. Gunakan krim pelindung matahari
Jika anda perlu keluar melakukan aktiviti, pastikan anda mempunyai peralatan berikut :
- Payung, atau topi berjerami untuk melindungi kepala anda.
- Cermin mata hitam yang bersesuaian untuk melindungi mata anda.
- Pelindung matahari dengan SPF 15 atau keatas. Gunakan 30 minit sebelum anda keluar rumah atau mengikut arahan produk berkenaan.
8. Kurangkan makanan yang lebih pedas
Makanan pedas menaikkan lagi suhu badan anda menyebabkan sukar untuk anda menyejukkan badan.
Jadi, pilihkan makanan yang lebih ringan dan kurang pedas.
9. Jangan sesekali meninggalkan anak atau haiwan peliharaan anda didalam kereta dalam cuaca panas
Terdapat banyak kes dimana ibubapa meninggalkan anak mereka didalam kereta untuk tempoh waktu yang lama.
Ini boleh mengakibatkan serangan panas dan boleh membawa maut jika dibiarkan.
Sebenarnya, kereta yang terbiar dibawah panas boleh menjadi sangat panas walaupun anda membuka tingkap sedikit.
10. Elakkan diri daripada terbakar
Jika anda merasa tempat permainan kanak-kanak terlalu panas, pasti ia akan memberi kecederaan kepada kulit anak yang lebih lembut dan nipis.
Jadi, elakkan membiar anak anda bermain ditaman permainan ketika cuaca sedang panas.
Waktu yang paling sesuai untuk bawa anak bermain ditaman ialah pagi dan petang.
Baca juga :
- Tahun 2020 : terpanas dalam sejarah iklim Bumi
- 100 tips kesihatan diri untuk idea pembacaan anda – blog
- Tips penjimatan elektrik yang perlu anda cuba dirumah
Sumber : newjersey.news12, astroawani.com, bharian.com
- Info Review Wardah Crystal Secret: Mencerahkan Kulit Secara Semula Jadi
- Apa motivasi anda untuk sentiasa menjaga kesihatan?
- 8 Tips untuk memastikan kulit anda sentiasa cantik sepanjang tahun
- 8 Jenis diet dan penerangannya yang mungkin sesuai untuk anda cuba
- 4 Tips pemilihan snek sihat untuk simanja anda