Tips kekal sihat di musim hujan..| Di malaysia musim hujan biasanya berlaku bermula bulan November sehingga Januari.
Musim hujan bermaksud, suhu akan menjadi lebih rendah dan lebih dingin berbanding musim yang lain. Walaupun musim hujan di Malaysia tidak membuatkan suhu turun sehingga paras negatif, tetapi anda tetap perlu berhati-hati dalam melakukan apa-apa aktiviti untuk mengekalkan kesihatan yang lebih baik.
Baca di met.gov.my/pendidikan/iklim/iklimmalaysia untuk mengetahui lebih lanjut tentang iklim yang berlaku di Malaysia.
9 Tips kekal sihat di musim hujan ini
Yang mana satu akan menjadi cuaca kegemaran anda? Samaada cuaca panas dan kering atau dingin dan hujan?
Artikekl berkaitan : 10 Tips untuk kekal sihat di musim panas ini
1. Elakkan diri anda daripada terkena air hujan
Biasa kita dengar mak-mak akan marah jika kita bermain air hujan. Tetapi benarkah air hujan boleh menyebabkan kita demam?
Ketika badan anda terkena air hujan, tubuh anda akan mengeluarkan tenaga secara drastik bagi mengimbangi suhu luar iaitu air hujan yang sejuk.
Sekaligus menyebabkan imune badan akan menurun dan memudahkan tubuh anda terkena penyakit.
Bagi mereka yang sememangnya mempunyai imune badan yang rendah akan mudah terkena demam batuk dan selsema jika terkena air hujan. Tetapi jika anda mempunyai imune badan yang tinggi, risiko untuk anda sakit adalah lebih rendah.
Kesimpulannya, air hujan bukanlah penyebab kepada demam tetapi lebih baik jika anda mengelakkannya.
2. Ambil vitamin C
Vitamin C sangat mudah didapati pada sayuran dan buahan yang anda makan. Untuk lebih mudah, ambil suplemen vitamin C dengan dos yang betul.
Walaupun tiada kajian yang menunjukkkan vitamin C mampu melawan penyakit, vitamin C membantu dalam meningkatkan daya imune badan kita supaya lebih kuat untuk melawan penyakit yang akan datang.
Baca juga :
- 7 cara terbaik vitamin C memberi kebaikan kepada tubuh anda
- 10 makanan semulajadi yang kaya dengan vitamin C
3. Mandi air panas
Lebih baik jika rumah anda ada hot shower. Selepas badan anda terkena air hujan, suhu badan akan meningkat secara drastik.
Jadi dengan mengambil mandian panas akan membantu menstabilkan kembali suhu badan anda, sekaligus membantu membunuh kuman yang melekat pada badan.
Rendaman kaki dalam air panas juga dapat memberikan anda banyak kebaikan lain.
4. Ambil makanan yang lebih panas
Selain mandi air panas, makanan yang panas pada musim dingin juga membantu anda memanaskan badan.
Pilihan anda dari teh hijau panas, milo panas kepada semangkuk sup yang panas.
5. Kekalkan penjagaan kebersihan diri
Kuman dan bakteria lebih mudah membiak pada cuaca yang sederhana.
Jika anda berada dirumah, pastikan rumah anda disanitze dan bersih. Mandi dan bersihkan diri 2 kali sehari walaupun anda tidak melakukan aktiviti luar.
6. Ambil air masak secukupnya
Jika dimusim panas anda memerlukan air yang banyak, pada musim dingin juga anda memerlukan air yang secukupnya.
Pengambilan air yang berlebihan ketika musim dingin menyebabkan anda kerap ke tandas. Tetapi jangan sesekali mengambil air masak pada kadar yang terlalu sikit kerana malas untuk kerap ke tandas.
7. Makan masakan rumah adalah lebih baik
Masak sendiri dirumah untuk keperluan nutrisi harian anda. Pastikan anda mengekalkan kebersihan dapur yang baik selain menyediakan makanan yang bersesuaian.
Mungkin dalam cuaca dingin inilah anda akan menggemari masakan yang lebih pedas?
8. Gunakan penghalau nyamuk atau serangga
Pada musim dingin inilah serangga dari nyamuk, semut, kekatu dan lain-lain akan keluar dengan banyaknya.
Jadi, sebaiknya anda gunakan peralatan seperti ubat nyamuk untuk mengelak daripada diserang oleh haiwan ini.
9. Sediakan baju hujan atau payung
Jika anda perlu keluar rumah, pastikan anda sentiasa menyediakan payung dan baju hujan didalam kereta atau motor. Ia bagi melindungi diri anda daripada terus badan dan sejuk.
Sumber : mstar.com.my, patients.smarterhealth.my, hellodoktor.com