Tips simpan sayur dalam peti ais : Membeli barangan dapur dalam kuantiti yang banyak menjadi habit suri rumah. Bahan dapur sama ada kering dan basah dibeli untuk satu penggunaan tempoh iaitu seminggu atau sebulan. Cara begini bukan sahaja dapat menjimatkan wang sahaja, malah masa dan tenaga juga dapat di jimatkan.

Sayur yang tidak disimpan dengan baik dan dibiarkan begitu sahaja didalam peti sejuak menyebabkan sayur menjadi layu dan membusuk. Korang mesti tak suka membazir macam tukan? Dah penat-penat beli tinggal sekejap dah tak boleh pakai.

Jom tengok beberapa tips berikut supaya sayur korang boleh tahan lebih lama.

Sayur-sayuran
Gambar sekadar hiasan. Sumber : google image

Tips simpan sayur dalam peti ais

Jom ikuti beberapa tips berikut yang dikongsikan oleh orang ramai untuk memastikan sayur korang tahan lama dan segar.

1. Jangan dikenakan air sebelum memasak

Sebelum korang menyimpan sayuran didalam peti ais, jangan sesekali korang memandai basuh sayur tersebut. Sayur yang basah menyebabkan sayur korang akan lebih mudah rosak dan berlendir.

Sebaliknya, sayur yang sudah basah dikeringkan sahulu dengan tissue kemudian baru boleh di simpan.

2. Pemilihan bekas

Untuk menyimpan bahan dapur sama ada kering atau basah, korang perlu bijak memilih bekas yang sesuai.

Kebiasaannya, orang menggunakan bekas yang boleh ditutup rapat seperti tupperware yang nipis. Bentuk bekas yang petak juga sangat penting untuk menjimatkan ruang didalam peti ais.

Tips simpan sayur dalam peti ais
Contoh bekas yang digunakan untuk simpan sayur didalam peti ais. Kredi foto : vitdaily.com

Selain bekas, korang juga boleh gunakan zipper beg yang bersesuai saiz dengan kuantiti sayur. Penggunaan zipper beg lebih ringan dan menjimatkan ruang.

3.bSediakan tissue dapur untuk dijadikan alas

Tips paling penting untuk sayur korang tahan lama ialah bagaimana korang stabilkan kelembapan pada sayur.

Caranya mudah sahaja. Alaskan tissue dapur kemudian semburkan dengan air supaya tissue basah. Seterusnya simpan sayur korang seperti biasa.

Kenapa pakai tissue dapur? Kenapa tak pakai tissue muka atau yissue biasa roll kecil tu?

Sebenarnya tissue dapur lebih sesuai untuk diijadikan alas sebab teksture yang lebih keras dan lebih tebal.

Tissue yang basah dan terkedap daripada udara membantu menjaga kelembapapn sayur lebih lama. InshaAllah cara ini akan membantu korang menyelamatkan sayur korang.

4. Siap potong sayur

Korang juga boleh siang sayuran korang siap-siap sebelum di simpan. Kemudian simpankan sayur tersebut seperti cara diatas.

InshaAllah sayur korang akan bertahan lebih lama walaupun sudah dipotong-potong.

Sayur yang sudah siap di siang memudahkan kerja ibu-ibu didapur selain menjimatkan banyak masa.

Selamat mencuba!

Baca juga :

sumber info : https://www.yoy.my/sayur-jadi-layu-dan-lembik-ini-cara-simpan-sayur-dalam-peti-sejuk-supaya-tahan-lama-dan-sentiasa-segar/,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like