Tips simpan taugeh kekal segar : Taugeh ni sayur yang mempunyai peminat dan pembenci. Kalau yang tak minat taugeh tu sampai sanggup mengasingkannya satu persatu daripada makanan. Manakala peminatnya ada yang menanam sendiri supaya dapat makan taugeh yang banyak.
Gigihnya laa anti taugeh nih mengasingkan taugeh tu satu-satu. Kalau saya tak ada la kesabarannya. Saya makan ja taugeh ni. Tapi bukanlah makanan favourite”
Taugeh hidup daripada cambahan kacang hijau atau kacang soya. Taugeh biasa digunakan untuk masakan seperti char kuey taw, mee goreng, bihun goreng, masak lemak putih dan taugeh goreng dengan sos tiram.
Tips simpan taugeh kekal segar
Taugeh ni mempunyai sifat yang crunchy. Rasanya pula hanya seperti air. Manakala kepalanya rasa sedikit pahit.
Taugeh merupakan sayur yang sangat cepat membusuk. Apatah lagi jika biar ia kering dan terdedah pada panas.
Biasa korang lihat yang dikedai runcit itu taugeh mesti direndam dalam air bukan. Itu bagi mengekalkan kesegaran taugeh la”
Tetapi walaupun sudah direndam didalam air, taugeh tetap akan menghitam dan membusuk jika dibiar diluar terlalu lama. Jom cuba tips simpan taugeh perkongsian daripada seorang pengguna facebook berikut.
Bahan-bahan yang diperlukan
- Bekas yang bersesuai untuk menyimpan taugeh
- Air
- Garam / limau kasturi / asam keping
Caranya ialah masukkan taugeh kedalam bekas tupperware. Isikan air. Pastikan semua taugeh tenggelam didalam air. Kemudian masukkan bahan yang ketiga iaitu asam keping.
Kalau tiada asam keping, korang pun boleh pakai garam atau limau. Bahan inilah yang membantu mengekalkan kesegaran taugeh.
Selamat mencuba dan semoga taugeh korang kekal segar!
6 manfaat sayur taugeh yang mungkin anda tidak tahu
Seperti sayuran lain, taugeh juga mempunyai manfaat dan kelebihan yang baik untuk tubuh badan kita.
Jom lihat 6 manfaat berikut :
- Mempunyai kandungan protin yang tinggi – Tahukah anda taugeh mempunyai dua kali ganda lebih banyak protein berbanding daging lembu atau ayam? Bagi kaum lelaki, protein ini sangat bagus untuk hormon kesuburan.
- Berbanding sayur-sayuran lain, taugeh mempunyai 100x ganda enzim. Enzim ini sangat penting untuk fungsi tubuh badan terutamanya untuk proses pencernaan. Selain membantu masalah penghadaman dan perut kembung.
- Mempunyai kandungan serat yang tinggi. Serat ini membantu dalam proses penghadaman dimana ia membantu lemak dan toksik mudah untuk keluar daripada tubuh badan.
- Taugeh kaya dengan antioksidan dan asid amino. Dimana ia sangat baik untuk otak kita.
- Asid lemak omega-3 tidak hanya terkandungan didalam hidupan laut, taugeh juga mempunyai kandungan khasiat ini yang tersendiri!
- Kaya dengan vitamin A,B,C dan E. Vitamin ini sangat penting untuk perkembangan tubuh badan kita. Jadi mengapa tidak anda mengamalkan sayur ini sebagai salah satu dari diet harian anda?
sumber : https://hellodoktor.com/pemakanan/fakta-nutrisi/manfaat-sayur-taugeh/
Baca juga :
- Tips dapur
- Tips simpan sayur tetap segar tanpa peti ais
- Tips simpan sayur dalam peti ais supaya tahan lama
- Tips mudah cepat kupas bawang merah dan putih
Sumber info : https://www.karteldakwah.com/petua-nak-simpan-lama-taugeh-supaya-kekal-rangup-dan-tidak-lembik/
- Fungsi telinga kuali
- Cara jaga bateri phone supaya tahan lama
- Cara halau lalat dari meja makan
- Tips halau kutu beras
- Cara halau semut dari bekas gula
Sila tinggalkan komen anda diruangan bawah jika anda ada sebarang idea lain tentang cara untuk simpan taugeh yang lebih baik.