Tips simpan sayur tanpa peti ais : Sayur yang cepat membusuk biasanya berpunca daripada serangan enzim, pengoksidaan dan mikrooorganisma yang tumbuh pada sayuran. Mikroorganisma ini akan tumbuh pada suhu, keasidan, kepanasan yang sederhana, dan kelembapan yang sesuai.

Disebabkan itulah peti ais digunakan untuk menyimpan bahan makanan. Mikororganism tidak akan dapat tumbuh pada suhu yang rendah dan kelembapan yang tinggi. Mikororganisma yang akan menyerang sayur-sayuran korang termasuklah bakteria, yis dan kulat.

Berbalik kepada tajuk diatas, peti ais menjadi salah satu bahan asas yang diperlukan dalam setiap rumah. Tetapi terdapat juga rumah yang ketiadaan peti ais. Seperti rumah pengantin baru, rumah sewa dan mungkin rumah tersebut terlalu susah untuk memiliki peti ais.

Jadi bagaimana korang boleh menyimpan sayuran supaya tetap segar walaupun tanpa peti ais? Jom ikuti tips berikut perkongsian daripada youtube Ummu Husna’s Kitchen.

Tips simpan sayur tanpa peti ais

Caranya sangat mudah. Apa yang anda perlukan ialah plastik bungkusan makanan, air semburan.

Cara simpan sayur tanpa peti ais
Cara menyimpan sayur tetap segar tanpa peti ais
  1. Pertama sekali didalam plastik yang akan digunakan, semburkan air di sekeliling plastik tersebut pada bahagian dalam.
  2. Kemudian masukkan sayuran kedalam plastik.
  3. last sekali, ikat plastik sehingga tidak ada ruang udara yang boleh masuk.
Perbezaan simpan dengan cara diatas atau membiarkan ia didalam bekas sahaja
Cara simpan sayur tanpa peti ais

Didalam gambar diatas menunjukkan terung bahagian atas kelihatan lebih cantik dan segar berbanding terung bahagian bawah.

Terung yang lebih segar tersebut disimpan dengan cara diatas.

Sayur yang disimpan didalam plastik yang tertutup ditambah pula dengan kehadiran air dapat menurunkan suhu sekeliling sayur tersebut. Selain itu kehadiran air membantu meningkatkan kelembapan. Keadaan ini akan melambatkan serangan daripada mikroorganisma.

cara penyimpanan sebegini hanya boleh bertahan selama 5 hari sahaja. Korang yang tidak ada rezeki memiliki peti ais lagi disarankan membeli bahan dapur dalam kuantiti yang sederhana.

Selamat mencuba!

Baca juga :

Sumber info : https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Makanan_rosak, Tips simpan sayur tanpa peti ais

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like