Cara simpan tahu dan tempe : Tahu yang sudah busuk mempunyai bau yang masam. Selalu kita tidak perasankan kalau sudah membeli tahu yang sudah rosak dari kedai, bila dimasak baru tahu yang tahu tersebut menggeluarkan rasa yang tengok.

Tidak seperti tahu, tempe yang sudah rosak boleh dilihat daripada luarannya yang sudah berkulat. Manakala tahu yang sudah rosak masih kelihatan cantik diluarnya. Jadi bagaimana nak kenal tahu yang sudah rosak? Caranya daripada baunya sahaja. Tahu yang sudah terlalu lama juga akan menjadi warna kekuningan tetapi ia tidak bermaksud tahu tersebut sudah tidak boleh dimakan.

Cara simpan tahu supaya tahan lama

Tips yang paling penting untuk menyimpan tahu ialah, korang tidak boleh terus simpan tahu yang dibeli dari kedai. Air tahu dari kedai mungkin sudah mempunyai banyak bakteria kerana sudah berganti tangan.

Tahu yang disimpan dari kedai terus kedalam peti ais hanya akan bertahan selama dua hari sahaja. Ikuti step berikut untuk menyimpan tahu supaya tetap segar dan tahan lama sehingga 2 minggu.

  • Sediakan bekas tupperware bersaiz sederhana untuk menyimpan tahu.
  • Cuci bersih tahu korang. Buangkan semua air tahu yang diambil dari kedai.
  • Kemudian penuhkan bekas air 3/4 daripada tahu. Nak rendamkan sepenuhnya pun bolehh.
  • Tutup kemas tahu korang dan masukkan kedalam peti ais. *jangan mandai-mandai masuk bahahgian beku ye.
Cara simpan tahu
Sumber foto : youtube/mimonhaj

Masakan yang berasaskan tahu yang paling menjadi kegemaran saya ialah tahu goreng telur dimasukkkan kedalam sup sayur. Rasa dia ala-ala chinese food. Sangat sedap”

Cara simpan tempe supaya tahan lama

kalau korang nak tahu, tempe ini sebenarnya adalah makanan tradisi etnik jawa yang berasal daripada pulau Jawa. Ia diperbuat daripada kacang soya sama seperti tauhu. Cuma proses pembuatannya sedikit berbeza.

Proses pembuatan tempe bermula apabila kacang soya dihancurkan. Lalu diambil seratnya dengan menambah cuka. Proses penapaian dilakukan dan akhir sekali ia akan dikeringkan dengan suhu yang agak tinggi.

Jom ikuti langkah berikut untuk mengekalkan kesegaran tempe dan tahan lama.

Cara simpan tempe
Sumber foto : youtube/mamareysha
  • Masukkan tempe kedalam bekas yang bersesuaian.
  • Taburkan sedikit garam disekeliling tempe. Garam ini membantu melawan mikroorganisma seperti kulat daripada menyerang tempe.
  • Tutup rapat dan simpankan didalam peti sejuk.
Apa masakan favourite korang untuk tempe ni? Bagi saya, saya minat tempe ni dipotong nipis dan digoreng dengan teppung goreng ayam. Makan ratah macam tu je pun dah sedap. Tempe buat sambal kering pun tidak kurang sedapnya."

Selamat mencuba dan semoga urusan kalian menjadi semakin mudah!

Baca juga :

Sumber info : https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Tempe, Cara simpan tahu dan tempe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like