Cara menghilangkan bau hanyir ikan : Kalau korang nak makan ikan yang paling segar, korang boleh beli ikan yang masih hidup. Ikan yang hanya baru beberapa minit matl tidak akan mengeluarkan bau yang hanyir. Jadi bagaimana jika membeli ikan dari pasar?
Antara jenis ikan yang mengeluarkan bau hanyir yang kuat ialah ikan keli, ikan talapia dan ikan fatin. Mostly, ikan air tawar yang sudah lama matl akan berbau. Bahkan selepas dimasak, ikan tidak akan rasa segar dan terasa sedikit pelik. Perkara macam ni pasti membantutkan selera makan korang kan?
Jom lihat 6 pilihan bahan berikut yang korang boleh pilih untuk menghilangkan bau hanyir ikan.
1. Garam
Garam menjadi salah satu bahan yang boleh menghilngkan bau dan membunuh bakteria.
Selepas korang dah siang dan cuci cantik ikan, gunakan garam halus dan lumurkan pada ikan. Tinggalkan 10 minit atau kurang.
Kemudian sebelum dimasak, basuh bersih dahulu sisa garam tadi untuk mengelakkan masakan menjadi terlalu masin.
2. Perahan air asam jawa
Anda boleh menggunakan asam jawa yang berbiji itu ataupun beli saja asam jawa adabi yang sudah siap dibersihkan. Ia lebih mudah digunakan.
Asam jawa membantu membuang lendir-lendir ikan terutamanya lendir ikan keli. Sekaligus membuang bau-bau yang tidak diingini.
3. Limau
Gunakan limau nipis atau limau kasturi untuk membuang bau dan lendir ikan.
Cara macam nih biasa saya praktikkan dirumah untuk membasuh ikan. Ia memang berkesan dan membasuh ikan dengan lebih bersih.
Caranya, selepas ikan disiang dan dibasuh bersih, potong nipis limau dan tonyohkan pada keseluruhan ikan. Selepas itu biarkan ikan rest bersama air limau tadi selama 5 minit.
4. Tepung gandum
Membasuh ikan dengan air tepung gandum biasa dipraktikkan oleh emak saya. Rendamkan ikan korang didalam air yang sudah dibancuh dengan tepung gandum dan biarkan rehat selama 10 minit.
InshaAllah cara ini juga dapat membuang bau hanyir daripada ikan.
Penutup.
Itu dia 4 tips membasuh ikan supaya hilang bau hanyir. Tips tersebut biasa digunakan oleh mak-mak. Jadi korang jangan risau keberkesanannya!
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!
Baca juga :
- Tips dapur
- Tips sambal tahan lama tanpa bahan pengawet
- Tips simpan taugeh kekal segar
- Tips simpan sayur tetap segar tanpa peti ais
sumber info : keluarga.my, youtube/seminitresipi, Cara menghilangkan bau hanyir ikan