Tips menghilangkan bau busuk dalam peti ais : Peti ais yang sudah berumur lanjut selalunya akan menggeluarkan bau yang busuk. Mana tak nya, semua benda jenis makanan pun kita akan terus sumbat dalam pati ais kan?

Makanan yang biasa membuatkan peti ais berbau ialah seafood mentah, ayam dan daging, lauk pauk yang tidak habis bahkan bau durian jika disimpan didalam peti sejuk.

Tips menghilangkan bau busuk dalam peti ais
Barang didalam peti sejuk. Kredit foto : azlitaaziz.blogspot,com

Tips menghilangkan bau busuk peti ais

Kebanyakan peti ais yang paling terkini disertakan dengan sistem yang boleh menghilangkan bau peti ais. Tapi bagi yang tiada, jom korang cuba buang busuk peti ais dengan bahan alami berikut.

1. Baking soda

Baking soda merupakan bahan kimia kering yang orang biasa gunakan untuk membuat kuih. Ia menjadi agent yang membantu melembutkan dan menaikkan tepung roti korang.

Baking soda juga dikatakan mampu menyahkan bau yang ada dalam peti ais. Caranya letakkan serbuk baking soda didalam bekas kecil. Kemudian letakkan pada sudut peti ais bahagian sejuk (bukan bahagian beku ye).

2. Kantung teh

Kantung teh atau serbuk juga dikatakan mampu menghilangkan bau peti ais sekaligus memberikan peti ais korang bau yang lebih baik.

Caranya, ambil beberapa keping kantung teh dan selitkan dimana-mana sudut yang sesuai didalam peti ais korang.

Jika korang hanya ada serbuk teh tu, korang boleh buat kantung DIY cantik-cantik macam yang orang buat bungkusan bunga rampai.”

3. Daun limau purut

Daun limau purut bukan sahaja memberikan bau yang wangi kepada makanan, ia juga membberikan rasa yang lebih baik dengan aromanya yang tersendiri.

Bau semula jadi daun limau purut ni boleh memberikan peti ais korang pewangi yang terbaik. Bukan sahaja memberikan wangian yang baik malah daun limau purut berkerja sebagai pengenyah bau yang tidak BEST.

Caranya hanya korang perlu racik kecil-kecil daun tersebut dan masukkan dalam kantung jaring. Buatkan beberapa kantung untuk diletakkan dibeberapa sudut peti ais sejuk.

Selamat mencuba ya!

Baca juga :

Sumber info : https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Serbuk_penaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like