Tips supaya daging cepat empuk : cara penyedian dan masakan yang salah boleh mengebabkan daging tersebut liat dan keras. Apatah lagi daging kambing. Dagingnya boleh mengeluarkan bau yang tak best.

Daging kambing masak sup macam diatas memang kegemaran saya dan keluarga. Jika dimasak dengan betul, sup kambing tu boleh rasa kemanisan yang keluar dari daging tersebut berbeza dengan rasa yang dikeluarkan dari daging lembu.”
Tips supaya daging kambing tidak berbau hanyir

Masakan kambing yang mengeluarkan bau yang sangat kuat mungkin boleh mematahkan selera makan korang kan.
Jom ikuti 3 cara berikut yang korang boleh cuba untuk mengurangkan bau kambing tersebut.
1. Buangkan lemak yang tersisa di daging
Lemak kambing yang terlalu banyak sebenarnya boleh menyebabkan daging kambing berbau. Kepada korang yang minat masakan daging kambing tetapi tidak suka dengan baunya, korang boleh buang sebanyak mungkin lemak yang tersisa.
Ada juga yang gemar daging kambing dengan lemaknya sedikit. Sebab lemak tersebut menghasilkan texture daging yang lebih chewy”
2. Air perahan lemon
Selepas mencuci bersih daging, korang boleh gunakan air perahan lemon atau limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir daging.
Caranya mudah, daging yang siap dipotong dan dicuci hanya perlu dilumur sebati dengan air lemon dan isinya kemudian dibiar rehat selama 30 minit.
Selain membantu membuang bau, air lemon juga sebenarnya dapat mengurangkan bakteria yang menempel pada daging.
3. Garam
Jika rumah anda kehabisan lemon, korang juga boleh gunakan garam untuk mengurangkan bau daging.
Hanya perlu lumurkan pada daging kemudian direhatkan sebentar. Sebelum dimasak, korang bolehlah cuci daging tersebut untuk membuang sisa garam tadi.
4. Halia
Bahan ke 4 ialah Halia. Seperti garam dan lemon, caranya sama sahaja.
Untuk Halia, anda boleh parut atau lebih mudah blendkan sahaja dan lumurkan pada daging.
5. Rebus daging kambing dengan rempah semulajadi
Untuk menghilangkan bau hanyir daging kambing, cuba rebuskan daging kambing dengan campuran bahan rempah semulajadi berikut.
- Daun limau purut
- Daun salam
- Bunga cengkih
- Kulit kayu manis
- Halia
- Buah pelaga
6. Tips masak sate daging kambing
Untuk mendapatkan sate kambing yang sedap dan tidak berbau, korang boleh cuba rendamkan daging tersebut bersama racikan rempah berikut :
- Daun limau purut
- Biji ketumbar yang sudah diblend
- Dan bawang putih
Tips supaya daging kambing cepat empuk

Cara yang paling mudah untuk melembutkan daging kambing ialah menggunakan periuk tekanan tinggi. Dipasaran sekarang, terdapat pelbagai jenis periuk bertekanan tinggi yang canggih untuk pilihan korang.
Korang juga boleh mencuba cara berikut untuk mendapatkan hasil masakan daging kambing yang lebih baik.
1. Nenas
Nenas merupakan buah yang terkenal dengan sifat dan rasanya yang tajam. Nenas juga dikatakan boleh membantu daging menjadi lebih empuk.
Caranya ialah :
Buah nenas boleh dipotong nipis atau diblend sahaja. Rehatkan daging selama 30 minit. Kemudian cuci daging dan boleh dimasak seperti biasa.
2. Kaedah rebusan 5, 30, 7 minit
Total keseluruhan teknik ini hanya mengambil masa 45 minit. Caranya begini :
- Didihkan air selamma 3 minit. Jika ingin memasak sup kambing, sediakan air rebusan bersama bahan rempah sup.
- Masukkan daging anda kedalam air yang sudah mendidih tadi. Kirakan masa selama 5 minit bermula dari anda mula menutup periuk dengan penutup.
- Kemudian tutupkan api dapur, dan biarkan daging rehat selama 30 minit. *Sementara tunggu daging berehat, korang boleh gunakan masa ini untuk membuat kerja-kerja lain yee.
- Selepas 30 minit, buka api dapur terus, dan biarkan ia mendidih lagi selama 7 minit.
Teknik ini kalau korang cuba inshaAllah korang akan terkejut dengan hasilnya. Mungkin boleh mengalahkan periuk presure cooker??
3. Sudu besi
Sudu boleh membantu mempercepatkan proses daging menjadi empuk. Cara macam ini kedengaran pelikkan?
Caranya mudah, ketika sedang merebus daging, campakkan 1 atau 2 sudu kedalam periuk dan tutup periuk tersebut.
Rebuskan selama 20 ke 30 minit. Dan cekkan tahap keempukan daging yang korang mahukan.
Bagaimana sudu ni boleh membantu melembut daging? Besi merupakan penebat haba yang paling baik. Kehadiran besi didalam air rebusan daging membantu meningkatkan lagi suhu air sekaligus mempercepatkan proses empukan daging.
Selamat mencuba!
Baca juga :
- Tips dapur
- Tips menghilangkan rasa pahit pucuk betik
- Tips cuci belakang kuali lama kembali berkilat
- Tips memasak nasi supaya tidak cepat basi
Sumber info : https://www.google.com/amp/s/siraplimau.com/tips-lembutkan-daging-cepat-tanpa-pressure-cooker/amp/, https://youtu.be/Yx49xisBO-k, Tips supaya daging kambing cepat empuk, Tips supaya daging kambing cepat empuk