Tips penggunaan scrub muka.| Sel kulit manusia aakn mengalami proses dimana sel baru akan terus tumbuh untuk menggantikan sel kulit lama. Kadar proses penggantian ini tergantung pada genetik dan umur seseorang. Kebiasaannya umur yang semakin meningkat atau tua akan memperlahankan proses penggantian kulit baru.
Apa kesan buruk daripada penggantian sel kulit ini?
Sel kulit mati pada wajah kebiasaannya akan tertanggal saat anda membasuh dan mencuci muka. Tetapi, tetap saja ada sel mati yang sekar dan lambat untuk tertanggal.
Akhirnya mengakibatkan muka anda kelihatan kering, tidak bermaya, menyumbatkan liang pori dan akhirnya menyebabkan jerawat tumbuh dengan banyaknya.
Exfoliate muka
Apa yang dimaksudkan exfoliate ni? Exfoliate merupakan proses dimana anda menggunakan alat atau bahan tertentu untuk menanggalkan sel kulit mati. Terutamanya pada kulit muka.
Alat yang paling popular digunakan untuk exfoliate muka ialah ‘scrub’ yang biasanya disediakan sekali didalam pencuci muka.
Jom lihat 5 tips tentang penggunaan scrub muka anda dibawah.
1. Berapa kerap perlu mengexsfoliate muka?
Untuk mencapai hasil yang terbaik, anda mestilah konsisten melakukan ia.
Sasarkan sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil kulit selembut sutera dan licin yang anda inginkan.
Exsfoliate sebulan sekali atau lebih sahaja tidak mencukupi. Menjaga konsistensi dan kekerapan mengexfoliate muka dapat mengurangkan jumlah sel kulit mati pada muka.
Ia sekali gus membolehkan rawatan anti-penuaan dan peremajaan kulit yang digunakan menembusi kulit muka anda dengan lebih berkesan.
2. Bila waktu terbaik untuk melakukan exfoliate?
Waktu yang paling sesuai untuk melakukan exfoliation bergantung kepada tabiat dan gaya hidup anda sendiri.
Contohnya, jika anda seorang pemakai makeup yang tebal setiap hari, exfoliation kulit muka sesuai dilakukan pada malam hari.
Ia bagi membantu anda membuang bahan solekan yang sudah masuh kedalam pori-pori dan sisa makeup yang masih melekat pada kulit muka.
Contoh kedua ialah, jika kulit wajah anda jenis yang berminyak dan kusam, anda lebih sesuai untuk melakukan exfolation pada waktu pagi.
Ini bagi membantu anda memiliki kulit wajah yang lebih segar dan bersih sepanjang hari siang anda.
3. Peralatan yang sesuai untuk exfolation?

Dipasaran sekarang terdapat pelbagai jenis alat atau produk yang anda boleh cuba untuk melakukan exfolation pada kulit muka.
Bereksperiment dengan pelbagai alat ini untuk mendapatkan alat yang paling sesuai dengan kulit anda.
4. Kesesuaian produk untuk exfoliating
Sebelum anda membeli mana-mana jenis produk yang dikhaskan untuk exfolation, pastikan ada mengenali jenis kulit muka anda terlebih dahulu.
Pemilihan produk dan cara anda menggunakannya hendaklah sejajar dengan keperluan kulit anda.
Lihat tips pemilihan produk mengikut kondisi kulit muka :
- Kulit yang sensitif. Untuk kulit sensitif anda tidak disarankan menggunakan produk scrub muka yang mengandungi bijian. Sebaliknya dapatkan produk yang hanya menggunakan bahan semulajadi dan gunakan span yang lebih lembut untuk mengexfolite sel mati.
- Kulit yang kering. Produk yang mengandungi bahan bijian scrub sangat sesuai untuk membantu masaalah pada jenis kulit yang kering. Anda boleh menggunkan tangan sahaja atau alat scrub lain untuk membantu membuang sel kulit mati pada kulit muka.
Urutan yang lembut dan perlahan dapat mengelakkan wajah anda dari overexfolation dimana ia akan memberikan kesan buruk yang lain.
5. Teknik mengexfoliate kulit muka yang terbaik
Ketika anda sedang mengexsfoliate wajah, pastikan anda menggunakan gerakan yang lembut.
Elakkan daripada menggosok muka dengan kasar dan kuat dengan gerakan keatas dan kebawah. Sebaliknya lakukan pergerakan bulat kecil.
Anda juga perlu berhati-hati ketika menggosok pada bahagian bibir. Kerana menggosok terlalu kuat boleh menyebabkan bibir pecah dan berdarah.
Selepas exfolating wajah anda oleskan serum dan pelembap. Kerana waktu ini, kulit muka anda dalam keadaan yang segar dan bersih. Jadi, muka akan akan lebih menyerap faedah daripada serum dan pelembap yang anda gunakan.
Baca juga :
- 9 tips untuk merawat kulit muka berminyak
- Tips penjagaan kulit wajah sentiasa segar dan bersih
- Review : produk yang menghilangkan jerawat dan parut muka cara saya
Sumber info :