Cara menghilangkan ‘dark circle’ mata..| ‘Dark Circle’ atau orang melayu kita panggil mata panda adalah sesuatu yang mungkin menyebabkan anda kelihatan letih dan tidak menarik.

Bagaimana dark circle ni boleh terbentuk? Kebiasaannya, faktor terjadinya dark circle pada seseorang terbahagi kepada dua kategori. Iaitu :

  • Genetik. Contohnya seperti alahan, pigmentasui warna dan bentuk mata yang lebih mendalam.
  • Gaya hidup. Contohnya seperti kekurangan tidur, kesan terdedah kepada matahari dan dehidrasi.

Jadi, yang mana satu adalah punca kepada dark circle anda?

Cara menghilangkan 'dark circle' mata
Kredit foto : dermal-health.com

3 tips bagi mengelakkan dark circle tumbuh dibawah mata

1. Tidur yang secukupnya

Kita boleh tahu pada orang yang suka tidur lewat atau tidak cukup waktu tidur dengan melihat pada bawah matanya.

Masa tidur yang paling baik dan berkualiti adalah antara 7-8 jam setiap malam. Tidur yang panjang ini akan memastikan ada kelihatan segar pada waktu pagi.

2. Kurangkan pendedahan kepada matahari

Cahaya matahari mempunyai UV dimana ia boleh memberi kesan pigmentasi kepada kulit.

Jadi pastikan anda memakai krim SPF atau pelindung seperti topi atau payung untuk mengelak terlalu lama terdedah dengan matahari.

3. Kekal terhidrasi

Kebiasaannya apabila badan anda kekurangan air, badan akan cuba untuk menahan air sebanyak yang mungkin.

Salah satu kesannya adalah pada mata dimana ia akan terbentuk bengkakan dan kesan hitam.

Jadi, pastikan anda mendapat sumber air yang secukupnya setiap hari terutamanya ketika anda banyak terdedah dengan persekitaran luar rumah.

Baca juga : 16 fakta tentang airmata yang mengejutkan!

5 Cara untuk merawat dan menghilangkan lingkaran bawah mata

Berurusan denga dark circle ini bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi anda tidak seharusnya terus berputus asa dan membiarkan ia begitu sahaja.

Jom lihat beberapa cara berikut yang mungkin boleh membantu anda untuk menghilangkan masaalah anda.

1. Tinggikan sedikit kepada ketika tidur

Bagaimana tidur dengan meninggikan kepala boleh membantu mengurangkan lingkaran bawah mata?

Ketika anda tidur, akan terbentuk satu cecair dibawah mata sehingga membentuk ‘eye beg’. Cecair ini akan menyebabkan bawah mata semakin membengkak.

Dengan meninggikan sedikit kepala, cecair ini tidak akan terkumpul pada satu tempat sahaja.

2. Minyak badam manis

Minyaak badam manis tu apa? Minyak badam manis ialah minyak yang diekstrak daripada kacang badam. Minyak ini dikatakan mempunyai banyak kebaikannya kepada kecantikan.

Miinyak badam manis juga kaya dengan vitamin E dan K. Dimana vitamin ini berfungsi sebagai agen pencerah terutamanya dikawasan bawah mata.

Faedah lainnya, minyak ini bersifat anti radang, meningkatkan peredaran darah sekaligus menjadikan mata kelihatan lebih segar dan cerah.

Cara penggunaannya ialah Setiap malam sebelum tidur, urutkan minyak ini dibawah mata anda dengan perlahan.

3. Uncang teh

Menggunakan uncang teh untuk merawat bahagian mata adalah sesuatu tips tertua yang pernah dikongsikan.

Cara melakukannya ialah : rendamkan dua uncang teh (teh hitam atau hijau) didalam air panas selama 5 mnit. Kemudian keluarkan dan sejukkan didalam peti ais selama 20 minit. Akhirnya sapukan uncang teh yang sudah sejuk ini pada mata anda yang ttertutup selama 10-20 minit.

Antara kebaikan uncang teh pada mata ialah :

  • Didalam teh terdapat kafein dan antioksidan yang membantu merangsang peredaran darah.
  • Membantu mengurangkan pengekalan cecair yang berada dibawah kulit mata.
4. Kentang

Tahukah anda kentang merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk menghilangkan lingkawran bawah mata?

Kentang sangat kaya dengan vitamin A dan C, enzaim dan kanji. Bahan-bahan ini membantu mencerahkan dan menghidrat kulit bawah mata.

Cara melakukannya ialah : blendkan sedikit kentang bersam air untuk mengambil jusnya. Kemudia campurkan dengan satu sudu kecil madu (supaya lebih likat). Gunakan campuran ini untuk disapukan pada mata dan biarkan selama 30 minit.

5. Krim mata

Pada masa kini sudah terdapat poduk yang dikhaskan untuk merawat kulit bawah mata. Bahkan semua jenama besar kecantikan sudah memiliki produk ini.

Krim mata yang mengandungi bahan seperti vitamin E, kafein, aloe vera dan retinol membantu menghilangkan dark circle dan kedutan yang terbentuk pada bahagian mata.

Baca juga :

Sumber info : ainniahzulkefli.com/cara-menghilangkan-dark-circle-di-bawah-mata, 3scalesolutions.net/131-sweet-almond-oil-benefits-for-beauty-and-health, merakilane.com/how-to-get-rid-of-dark-circles-under-your-eyes-8-tips-that-work,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like