Tips membantu merawat kulit muka kering..| Jika kulit muka yang berminyak adalah satu masaalah yang besar, kulit muka yang terlalu kering juga boleh menjadi penyebab anda hilang keyakinan diri.
Jom ikuti 8 tips berikut untuk membantu anda menghadapi kulit muka yang terlalu kering dengan lebih tenang.
1. Tentukan sama ada kulit anda terhidrasi atau hanya kering
Bagaimana hendak membezakan kulit yang terhidrasi atau yang kering?
- Kulit kering merujuk kepada jenis kulit itu sendiri (Contohnya seperti jenis kulit berminyak, jenis kering dan jenis kombinasi). Kulit dehidrasi pula merujuk kepada keadaan kulit itu sendiri.
- Punca berlaku. Kulit kering biasanya berlaku apabila kulit muka anda kekurangan minyak untuk memberi kelembapan yang boleh disebabkan oleh genetik. Manakala kulit dehidrasi berlaku kerana kekurangan air. Ia biasa berlaku selepas anda mengambil minumam berkafein atau beralkohol.
- Rupa kulit. Kulit kering akan kelihatan mengelupas dan kasar. Kulit dehidrasi pula akan kelihatan kusam dan ketat.
Jenis kulit kering biasanya tidak menghasilkan apa-apa minyak atau sebum. Walaupun penghasilan minyak memberikan anda masaalah yang lain, tetapi minyak ini sangat penting untuk membesarkan folikel rambut dan memberi kelembapan.
Akhirnya, jika kondisi ini terus dibiarkan, muka anda akan kelihatan kasar dan mengelupas. Seterusnya dalam jangka panjang akan membuatkan kedutan lebih ketara.
2. Elakkan daripada over-exfoliating kulit muka anda
Exfoliating muka sememangnya mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Tetapi jika anda melakukannya sehingga 2 kali sehari, tabiat itu harus dihentikan segera
Exfoliating mungkin membantu anda membuang sel kulit mati dengan cepat. Tetapi ia juga akan membuang lapisan pelindung pelembap kulit.
Akibatnya kulit akan menjadi kering dan mengelupas. Ada juga yang memberi kesan keradangan pada kulit mengikut kondisi seseorang.
Walaupun demikian, mereka yang memiliki kulit kering tidak boleh terus mengabaikan exfoliation. Kerana tanpa exfoliate kulit mati, pelembap anda mungkin tidak dapat diserap dengan baik.
Intinya, exfoliatelah muka anda seminggu sekali bagi mereka yang mempunyai masaalah kulit kering.
Baca juga : 5 Tips penggunaan scrub muka yang betul
3. Pilih pencuci muka tanpa sulfate
Apa itu sulfate? sulfate merupakan agen yang dimasukkan kedalam pencuci muka anda yang berfungi sebagai pembersih dan mampu menghilangkan minyak daripada kulit.
Pencuci yang berbuih dan bergel biasanya mengandungi bahan ini seperti natrium lauril sulfat, amonia lauret sulfate dan lain-lain.
Sebab itulah sangat penting untuk memilih pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit anda. Kerana untuk kulit yang jenis kering tidak sesuai denngan pencuci yang mengandungi agen pengering yang akan menghilangkan kelembapan muka.
4. Lakukan rutin penjagaan muka dengan cepat
Selepas mencuci muka, ada diengatkan supaya segera menggunakan pelembap muka anda.
“Jika anda membiarkan kulit anda terdedah selama lebih daripada satu minit, ia akan mula dehidrasi,”
Lakukan rutin penjagaan kulit anda dengan cepat, dan pastikan anda sentiasa membiarkan toner anda lembap pada kulit.”
Seorang pakar kulit
Hal ini kerana penggunaan toner atau pelembap sejurus selepas mencuci muka membantu mengunci sebahagian daripada air dan kelembapan yang ada dimuka.
5. Rutinkan penggunaan krim malam yang bersesuaian
Sesetengah orang mengelak daripada menggunakan krim malam untuk membiarkan kulit mereka “bernafas,” tetapi bagi mereka yang mempunyai kulit yang kering, menggunakan pelembap pada waktu malam adalah sangat penting.
Apa fungsi sebenar krim malam? Pada waktu malam kulit anda akan berada dalam mod yang paling baik dimana tiada gangguan persekitaran lain seperti habuk, UV dan pergerakan.
Waktu malam juga, kulit kita berada dalam mod rehat. Ini membantu penyerapan faedah pelembapdengan lebih tinggi.
Krim malam pada asasnya ialah pelembap tanpa pelindung matahari dan anda tidak semestinya perlu menggunakan produk yang dilabel secara khusus “krim malam.” Mana-mana pelembap tanpa SPF akan berfungsi, selagi ia sesuai dengan jenis kulit anda.
6. Tambahkan lembapan udara dengan menggunakan pelembap udara
Jika anda seorang yang tidak gemar menggunakan losyen, krim atau pelembap, salah satu cara untuk membantu kulit kering anda ialah dengan menambah kelembapan pada udara persekitaran anda.
Alat ‘humidifier’ atau pelembap udara biasa digunakan untuk melembapkan udara dengan mengeluarkan wap air.
Penggunaan humidifier tidak hanya membuat kelembapan udara terjaga, tetapi juga dapat membantu mengatasi iritasi yang disebabkan oleh udara kering, seperti kulit kering, bibir pecah-pecah, dan sakit tekak.
7. Gunakan minyak serum yang dikhaskan untuk menghidrat
Kelembapan adalah mengenai kapasiti untuk menahan air, tetapi kerana jenis kulit kering tidak menghasilkan minyak yang mencukupi, menambah lebih banyak air tanpa minyak yang diperlukan oleh pelindung kulit adalah tidak produktif untuk menangani keperluan kulit kering,”
Jadi, carilah serum yang dikhaskan untuk masaalah kulit kering kerana mengandungi bahan yang akan memberi kelembapan kepada kulit anda.
8. Pakai pelindung UV setiap hari
Bagaimana cara untuk melawan garis halus dan kedutan? Lindungilah kulit anda daripada UV matahari, hujan atau panas.
“Memakai pelindung matahari setiap hari adalah perkara paling penting yang boleh anda lakukan untuk kulit anda kekal sihat dan berseri,”
Anda dinasihatkan untuk memilih produk pelindungi UV yang sesuai dan selesa untuk anda pakai seharian. Produk kecantikan yang berfungsi 2 dalam 1 seperti krim pelembap beserta SPF adalah lebih baik untuk kegunaan harian anda.
Baca juga :
- Banyak rupanya fungsi vaseline petroleum jelly yang anda tidak tahu
- Tips merawat rambut yang beruban dengan bahan semulajadi
- 3 kesan pengambilan vitamin C yang berlebihan kepada tubuh
- Tips penjagaan kulit wajah sentiasa segar dan bersih
Sumber info : byrdie.com/how-to-fix-dry-skin, cetaphil.com.my/kulit-kering-apakah-sebenarnya, hmetro.com.my/langkah-atasi-kulit-kering, alodokter.com/ketahui-manfaat-humidifier-untuk-kesehatan, Tips membantu merawat kulit muka kering