Kesan terlalu lama dibawah matahari..| Sememangnya matahari mempunyai kebaikannya yang tersendiri seperti vitamin D yang kita perlukan.

Kes kematian yang disebabkan oleh panas matahari masih belum ada dilapurkan sehingga kini. Tetapi, pendedahan tubuh kepada cahaya matahari boleh membawa maut dengan kesan jangka panjangnya.

Kesan terlalu lama dibawah matahari
Gambar sekadar hiasan. Sumber gambar : google image

Kebaikan cahaya matahari kepada tubuh manusia

Pendedahan tubuh kita kepada kepada matahari perlu diseimbangkan kerana terdapat beberapa manfaat jika tubuh kita bermandi cahaya matahari dengan masa yang sekejap.

Manfaat itu ialah :

  1. Vitamin D yang dihasilkan oleh cahaya matahari akan memberi kesihatan yang baik kepada tubuh termasuklah membantu menguatkan tulang.
  2. Dalam sesetengah kes, vitamin D membantu mencegah pembentukan kanser.
  3. Pendedahan UV juga mempunyai kesan positif kepada tahap endorphin, dan mungkin untuk perlindungan terhadap multiple sclerosis.
  4. Cahaya matahari yang boleh dilihat dengan mata kasar memberi manfaat kesihatan melalui perkaitannya dengan masa sintesis melatonin, pengekalan irama sirkadian yang normal dan teguh, dan mengurangkan risiko gangguan afektif bermusim.

Kesan terlalu lama dibawah matahari

1. Memberi risiko kepada kulit

Walaupun UV matahari boleh memberikan vitamin D tambahan kepada tubuh kita, ia juga boleh memberi kesan yang buruk kepada kulit.

Kulit anda akan menjadi melepuh dan mengelupas. Malah yang lebih teruk lagi ia akan menyebabkan kanser kulit.

Menurut Laporan Program Toksikologi Kebangsaan mengenai Karsinogen daripada Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat, sinaran UV spektrum luas ialah karsinogen yang boleh merosakkan DNA. Ia juga menjadi penyumbang kepada kira-kira 1.5 juta kanser kulit dan 8,000 kematian akibat pendedahan kepada matahari.

2. Memberi risiko kepada mata

Pendedahan jangka pendek kepada sinaran UV boleh menyebabkan mata menjadi buta salji, retinopati suria ( kerosakan retina yang berpanjangan) dan gangguan penglihatan akibat tenungan kepada matahari.

Manakala pendedahan kepada matahari jangka panjang menyebabkan benjolan kuning bukan kanser pada bahagian tengah sklera mata yang dipanggil pingueculae.

Ia paling biasa berlaku kepada orang muda, terutamanya mereka yang menghabiskan banyak masa di luar rumah dan tidak melindungi mata mereka daripada sinaran UV.

Untuk mengurangkan risiko mengembangkan pingueculae, anda disarankan memakai cermin mata hitam apabila berada di luar rumah, walaupun pada cuaca sedang mendung.

3. Pengurangan darah folate

Paras darah folate merupakan nutrien yang penting untuk perkembangan janin.

Salah satu kesan buruk pendedahan terlalu kepada UV matahari ialah ia akan mengurangkan paras darah folate kepada ibu mengandung.

Sumber info : wikipedia.org

Baca juga :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like