Tips menghilangkan sakit kepaa : “Sakit kepala sentiasa menggaggu prestasi anda? Cubalah panadol active five!” Korang mesti selalu dengarkan iklan panadol ni keluar dari TV.
Macam saya mudah terkena sakit kepala jika terlalu lama mengadap skrin. Tidak kira lah apa skrin sekali pun. Skrin telefon, skrin laptop.. Tapi yang peliknya kalau tengok TV lama-lama tiada pulak sakit tu datang kan?
Mereka yang biasa terkena sakit kepala biasanya akan mengambil ubat seperti Panadol, Ponstan (tahan sakit) dan paracetemol. Tetapi sebenarnya terdapat cara lain yang korang boleh guna untuk menghilangkan sakit kepala tanpa perlu kerap menelan semua ubat-ubatan ini.

Tips menghilangkan sakit kepala
Tips kali ini saya himpunkan tentang cara menghilangkan sakit kepala secara tradisional atau semulajadi.
1. Gunakan Ice pack
Ice memang boleh membantu anda mengurangkan migrain atau sakit kepala.
“Saya pernah cuba memnghlsap ais kiub dalam mulut ketika sedang sakit kepala. Ais tu macam buat brain korang freeze kejap then melegakan rasa migrain tadi”
Cara menggunakan icepack ialah dengan meletakkan icepack tersebut diatas dahi korang dan biarkan selama 10 minit.

Kalau korang takda icepack di rumah, korang boleh guna ice cube yang biasa dalam freezer dan bungkuskan dalam kain yang sesuai. Sapu atau letakkan dibahagian kepala yang terasa sakit.
2. Limau kasturi
Limau nipis ini bersifat alkali. Biasa orang buat sebagai minuman atau bahan dalam masakan. Ia mempunyai rasa yang masam.
“Biasa dalam rawatan islam ustaz akan beri limau untuk dibuat mandian”
Sebenarnya limau kasturi ini boleh membantu mengurangkan sakit kepala. Caranya korang belah dua limau tersebut, kemudian lumur pada bahagian kulit kepala sambil urutkan bahagian kepala yang sakit.
Kulit tadi korang jangan buang. Rendamkan dalam air, kemudian masa mandi nanti boleh masuh kepala dengan air tersebut.
Kelebihan lain menghilangkan sakit kepala dengan limau kasturi nih ialah kulit-kulit mati dikepala dan kelimumur juga turut akan hilang.
3. Elakkan atau kurangkan makanan yang mengandungi banyak msg
MSG atau nama panjang dia Monosodium Glutamate. Ia biasa digunakan sebagai penambah rasa kepada masakan.
“Serius masak kalau taruk MSG / Ajinomoto nih masakan lagi terasa sedap nya. Dia macam mengenhancekan lagi rasa masakan tu.”
Ajinomoto selalunya terkenal dengan ‘bad review’. Dimana orang-orang menganggap ajinomoto ni adalah sesuattu yang berbahaya untuk kesihatan.Tetapi ada penjelasan dariada seorang doktor ini dia cakap, MSG tersebut memberi kesan yang buruk kepada tubuh kecuali anda makan dalam kuantiti yang banyak.
MSG dikatakan mengandungi bahan yang boleh merangsang sakit kepala jika diambil berlebihan. Sifat sama seperti garam yang jika anda ambil berlebihan boleh menyebabkan darah tinggi dan sakit kepala.
4. Rendam kaki dalam air panas
Dengan merendam kaki dalam air yang panas (mengikut kesesuain suhu pada kulit), boleh membantu melancarkan perjalanan kaki korang turun ke bawah. Sekaligus ia mengurangkan tekanan pada otak.
Caranya mudah sahaja. Kalau sekarang dah banyak mesin heater untuk rendaman kaki.Contoh dalam gambar dibawah.

Alat ini korang boleh cari dekat lazada ke shopee ke atau mana-mana online store di Malaysia. Ada yang lebih baik korang beli yang siap ada pemanas air tu sekali.
Tapi kalau korang rasa nak cuba keberkesanan cara ini, korang hanya perlukan besen yang sederhana, masak air dan tuang je dalam besen tersebut. Mudah bukan?
Masa rendaman pula mengambil masa dalam 30 minit. Jadi teknik ni korang boleh cuba masa sedang santai-santai di rumah, sambil tengok TV ke. Hasilnya korang akan terasa lebih relax dan otak rasa lebih ringan.
5. Rehat / take a nap
Berehat atau tidur sekejap ni cara paling classic yang orang selalu buat untuk menghilangkan sakit kepala.
Tidak disarankan korang meneruskan kerja dengan sakit kepala yang terlalu kuat. Kerja yang dilakukan masa sakit kepala tidak akan menjadi dengan sempurna.
Jadi, cara yang paling ialah dengan berehat dan tidur sekejap dalam 30 minit. Korang boleh cari tempat yang sunyi dan gelap untuk tidur sekejap ni. InshaAllah brain korang lepas bangun tu akan terasa lebih ringan.
6. Amalkan doa sembuh sakit kepala
Sebenarnya semua penyakit Allahllah yang sembuh kan. Manusia hanya perlu ikhtiar dan usaha untuk menghilangkan sakit tersebut.
Perkongsian daripada ceramah Ustad Dusuki, didalam surah al-Waqiah ayat 19 yang berbunyi seperti berikut :
لَّا يُصَدَّعُوْنَ عَنْهَا وَلَا يُنْزِفُوْنَ
19. mereka tidak pening karenanya dan tidak pula mabuk.
Surah al waqiah ayat 19
Korang boleh amalkan membaca doa diatas setiap kelai sakit kepala datang. Selain itu, korang juga boleh membaca ayat tersebut dan tiupkan pada segelas air untuk di minum.
Baca juga :
- Tips cara jimat bil air dirumah
- Kesan covid 19 terhadap kesihatan dan organ dalaman
- Review beprosalic ointment : merawat kulit alergi kering
- Tips penjimatan elektrik yang perlu anda cuba dirumah
Sumber info : https://sakinahamid.com/doa-hilangkan-pening-dan-sakit-kepala-dari-al-quran/, https://youtu.be/3WUe3NL6j2c
- Info Review Wardah Crystal Secret: Mencerahkan Kulit Secara Semula Jadi
- Apa motivasi anda untuk sentiasa menjaga kesihatan?
- 8 Tips untuk memastikan kulit anda sentiasa cantik sepanjang tahun
- 8 Jenis diet dan penerangannya yang mungkin sesuai untuk anda cuba
- 4 Tips pemilihan snek sihat untuk simanja anda