Sambil berkongsi sambil membaca sambil memberi ilmu kepada diri sendiri. Begitulah diri penulis yang hina dan lalai. Jom lihat bagaimana persediaan junjungan Nabi Muhammad SAW sebulan sebelum kedatangn bulan Ramadhan.

Persediaan Ramadhan
A Malaysian Islamic religious officer looks at a telescope to determine the sighting of the new moon to mark the start of the fasting month of Ramadan in Putrajaya on June 16, 2015. Muslims are observing the fasting month of Ramadan starting 29 June. During Ramadan, Muslims abstain from eating, drinking, smoking and sex from dawn till dusk. Photo by Hafzi Mohamed / TMR.
Menambahkan kualiti dan kuantiti ibadat puasa, qiamullail,amal soleh dan zikir di bulan Syaaban

Riwayat daripada Aisyah r.a.,

“Rasulullah banyak berpuasa (pada bulan Syaaban) sehingga kita mengatakan, beliau tidak pernah berbuka dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali puasa Ramadan. Dan aku tidak pernah melihat Rasulullah banyak berpuasa (di luar Ramadan) melebihi Syaaban.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Menngikut pandangan Sirah Nabawiyyah, Baginda hanya berpuasa rata-rata 11 hari untuk bulan-bulan ssebelum syaaban, tetapi pada bulan Syaaban, Baginda telah berpuasa hampir penuh sebulan.

“Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, ‘Wahai Rasulullah, aku tidak melihatmu banyak berpuasa seperti pada bulan Syaaban?’ – Usama bin Zayed r.adiriwayatkan oleh

Baginda menjawab, “Syaaban adalah bulan yang dilupakan oleh manusia, letaknya antara Rejab dan Ramadan. Pada bulan itu, amal manusia diangkat (ke langit) oleh Allah SWT dan aku menyukai pada saat amal diangkat aku dalam keadaan berpuasa.”

Hadis riwayat an-Nasa’i
Jumlah puasa yang Rasullullah lakukan dalam setahun

Syaaban merupakan bulan penutup rangkaian puasa sunah Rasulullah SAW sebelum berpuasa penuh pada bulan Ramadan. Sekurang-kurangnya sepertiga daripada jumlah hari dalam setahun telah Nabi kita gunakan untuk membuat persediaan sebelum puasa penuh di bulan Ramadhan. Ini termasuklah puasa beliau pada bulan-bulan biasa iaitu minima 11 hari dan tambahan 20 hari pada bulan syaaban.

Apakah istimewanya bulan syaaban ini?

Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin menyebutkan, terdapat beberapa hari istimewa digelar sebagai hari-hari utama (al-Ayyam al-Fadhilah). Untuk keistimewaan bulanan, Imam Al-Ghazali memasukkan Syaaban dalam kategori bulan-bulan utama (al-Asyhur al-Fadhilah) di samping Rejab, Zulhijjah dan Muharam.

Antara istimewanya Syaabanini ialah. ia telah menjadi jambatan untuk menuju bulan yang paling diagungkan. Bulanini dikatakan ‘Syaaban’ iaitu kata akarnya ‘syi’ab’ yang bermaksud jalan setapak menuju puncak. Syaaban adalah bulan persiapan yang disediakan Allah SWT untuk hambanya bagi memantapkan fizikal, emosi dan spiritual menuju keberkatan yang hakiki pada bulan Ramadan.

Sebagai alternatif, Syaaban sepatutnya menjadi momentum bagi umat Islam menguatkan mental serta memperbaiki akhlak untuk menyambut Ramadan.

Dalam keadaan berpuasa, seorang hamba akan memperoleh pendidikan rohani yang luar biasa dan memberi impak dalaman yang tinggi. Puasa bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum sahaja, malah perkara yang mendorong hawa nafsu ke arah keburukan seperti bercakap bohong, pembaziran, sombong, ego, mementingkan diri sendiri, suka menilai kelemahan orang lain dan pelbagai lagi.

Mudah-mudahan Ramadan kita jejaki. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Baca juga :

Repost daripada www.usim.edu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like