Resepi

Resepi Tepung Pelita Paya Jaras: Citarasa Autentik yang Memikat

Resepi Tepung Pelita Paya Jaras | Kuih tepung pelita merupakan kuih tradisional Malaysia yang manis dan lembut. Kuih tepung pelita dimasak dengan menggunakan acuan bekas daun pisang. Kuih ini bukan sahaja popular di Malaysia, malah turut popular di Indonesia, dan Singapura.

Asas bahan tepung pelita adalah campuran santan dan tepung beras dan dimasak dalam bekas yang diperbuat dari daun pisang. Di tengah-tengahnya pula diisi dengan air gula yang menjadikannya rasa manis berlemak.

Tepung pelita mempunyai dua lapisan, iaitu bahagian atas atau dikenali sebagai kepala. Ia lembut dan terbuat daripada santan dan bewarna putih. Manakala bahagian bawahnya pula terbuat dari tepung beras dan biasanya bewarna kehijauan dan lebih keras sedikit dari bahagian kepala tetapi tetap lembut.

Resepi tepung pelita

Resepi Tepung Pelita Paya Jaras

Bahan-bahan untuk membuat lapisan atas
  1. 400 ml Santan kotak
  2. 100 ml Air
  3. 30 g Tepung Beras (cap 3 gajah)
  4. 1/2 Sdk Garam bukit
  5. 1 Sdb Gula pasir
Bahan-bahan untuk membuat lapisan bawah
  1. 600 ml Air
  2. 5 Helai Daun Pandan di potong kecil
  3. 60 g Tepung Beras
  4. 25 g Tepung Jagung
  5. 90-100 g Gula Pasir
  6. 1/4 Sdk Garam
  7. 3 Titis Essence pandan
Cara-caranya ialah
  1. Blendkan daun pandan bersama air sehingga halus kemudian tapis
  2. Sediakan periuk diatas api yang sederhana.
  3. Didalam periuk, satukan bahan berikut; air pandan yang ditapis tadi, tepung beras, tepung jagung, garam, gula dan essence pandan.
  4. Kacau sebati bahan campuran tadi. Hendaklah sentiasa dikacau sehingga campuran tadi mendidih dan memekat
  5. Sementara itu didalam periuk lain masukkan kesemua bahan untuk atas dan asak sehingga membuak.
  6. Masukkan campuran hijau kedalam bekas kecil/daun pisang yang sudah dibentuk. *agak-agak ketebalan 50%-50% dengan lapisan santan.
  7. Seterusnya, masukkan lapisan putih pula, sejukkan dan simpan dan sejukkan didalam peti ais.

Baca juga :

Credit resepi asal dari : kongsiresepimudah.blogspot

Iklan :

Anda mencari chopper bawang manual tangan yang murah?? Jom tengok disini

Resepi tepung pelita..|

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like