Amalan bulan ramadhan. Bulan Ramadhan adalah bulan yang diwajipkan keatas semua muslim untuk berpuasa selama satu bulan. Di bulan Ramadhan ini banyak amal ibadah istimewa seperti sholat tarawih, zakat fitrah, dan sedekah makan orang yang berbuka puasa. Sehingga amal dan ibadah yang kamu kerjakan boleh memberi pahala yang berlipat-ganda. Baca juga : Keistimewaan yang hanya ada pada bulan Ramadhan

Amalan bulan ramadhan
Sumber : google image

Bulan Ramadhan adalah satu-satunya bulan yang Allah kurniakan kepada hambanya yang beriman untuk meminta keampunan sesungguhnya dan membuka seluruh pintu kebaikan. Kita digalakkan untuk mengambil kesempatan dalam bulan yang penuh berkah ini dengan memperbanyakkan amalan dan taubat. Jadi apakah 7 amalan sunnah yang boleh anda rebut dalam bulam Ramadhan?

1. Melewatkan sahur

Di dalam HR Bukhari ada menyatakan bahawa Rasullullah SAW bersabda ”Bersahurlah kalian, karena pada sahur itu ada keberkatan.”

Dengan bersahur, anda dapat memberi tenaga kepada badan anda sepanjang tempoh berpuasa. Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh.  Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

2. Memperbanyakkan doa dan meminta diampunkan dosa

MSumber daripada Mufti Wilayah Persekutuan, doa orang yang berpuasa adalah mustajab di sisi Allah kerana orang yang berpuasa mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa apabila mereka berpuasa kerana Allah.

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”.

(HR Ibn Majah)

Untuk itu, rebutlah kesempatan sepanjang bulan Ramadhan ini untuk mengecapi tawaran yang amat berharga daripada Allah. Berikut adalah doa yang amat dianjurkan, terutamanya pada 10 malam terakhir Ramadhan.

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya: “Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau Mengasihi untuk Mengampun, Maka ampunilah diriku.”

3. Memberi makan kepada orang berbuka dan bersedekah

Terdapat satu hadis daripada Nasa’i dan Tirmidzi yang menyatakan tentang kebaikan memberi makan kepada orang berpuasa :

“Barang siapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu” 

HR Nasa’i dan Tirmidzi

Memberi sedekah pada bulan Ramadhan malah melipatkan pahala ganjaran tersebut. Baginda Rasullullah SAW merupakan contoh terbaik sebagai insan yang sangat pemurah. Malah baginda menjadi lebih pemura pada bulan Ramadhan.

4. Sentiasa mensegerakan berpuasa

Nabi Muhammad SAW ada bersabda :

“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.”

HR Bukhari dan Muslim

Mensegerakan berbuka adalah perkara sunnah yang paling senang untuk dilakukan. Anda hanya perlu berniat segera berbuka untuk mendapat pahala sunnah tersebut.

Cara Rasullullah berbuka adalah dengan beberapa butir kurma muda (ruthb atau kurma basah) sebelum melakukan solat (Maghrib). Jika tidak menemukan beberapa kurma muda, maka Baginda berbuka dengan beberapa butir kurma matang (tamr atau kurma kering). Jika tidak menemukannya juga, maka Baginda berbuka dengan beberapa teguk air.

5. Berpesan-pesan sesama manusia tentang kebaikan

Pertumbuhan teknologi yang sangat pesat pada zaman kini memboleh kita berkongsi tentang kebaikan kepada orang lain. Tetapi perlu diengat bahawa apa yang anda kongsikan adalah atas tanggungjawap anda sendiri. Maka sentiasalah berkongsi perkara yang baik yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.

“Barang siapa yang tidak meninggalkan ucapan dusta dan mengamalkannya maka Allah sudah tidak lagi memerlukan dia meninggalkan makanan dan minumannya.”

(HR Bukhari)

Bulan puasa bukan sahaja untuk kita menahan diri daripada lapar dan dahaga, malah kita perlu menahan diri daripada nafsu yang tidak baik,

6. Menahan diri daripada sifat marah

Ketika berpuasa, kita dianjurkan supaya sentiasa bersabar dan menahan diri daripada mengatakan perkara yang kotor dan caci makian.

Di dalam hadis daripada Bukhari ada menyatakan bahawa puasa merupakan satu perisai kepada diri mereka.

“Puasa adalah perisai. Maka janganlah dia berkata-kata kotor dan berbuat bodoh. Apabila ada orang lain yang memerangi atau mencacinya, hendaklah dia katakan, ‘Aku sedang puasa’ (dua kali).”

7. Menghidupkan 2/3 malam

Malam lailatulqadar hanya berlaku dalam bulan Ramadhan dan dikatakn berlaku pada 10 malam terakhir. Antara kebaikan amalan yang dilaku pada malam istimewa ini ialah pahala ganjaran amalan yang dilakukn akan digandakan sebanyak 1000 bulan

Daripada ‘Aisyah RA, beliau menyatakan bahawa apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan, Baginda akan mengetatkan kain sarungnya, menghidupkan malamnya dan mengejutkan ahli keluarganya. (Sahih al-Bukhari).

Kesimpulanya, kita sepatutnya mengambil kesempatan sepenuhnya pada bulan yang penuh berkah ini untuk mengejar pahala yang berganda dan meminta keampunan Allah.

Tahukah anda, satu amalan fardu yang dilakukan pada bulan Ramadan mendapat 70 pahala amalan fardu pada bulan lain dan satu amalan sunat mendapat pahala satu amalan fardu. Justeru, tawaran keemasan sebegini tidak wajar dilepaskan.

Baca juga :

Rujukan : https://www.jpbdselangor.gov.my/berita/205-siri-3–kelebihan-sahur-a-tamar.html, http://www.zakatpahang.my/index.php/artikel/item/81-rebutlah-7-amalan-sunnah-ini-di-bulan-ramadan, https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/05/431502/fadilat-baca-al-quran-pada-ramadan

Amalan bulan Ramadhan..| Amalan bulan Ramadhan..|

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like