Kuali atau periuk yang baru keluar daripada kilang biasanya masih mempunyai sisa kimia semasa proses pembuatan kuali. Kuali yang dibeli dikedai pasti kelihatan bersih berkilat tetapi sebenarnya korang kena cuci bersih dulu. Jom lihat tips cara membersihkan kuali dan periuk baru sebelum korang guna untuk memasak.

Cara bersihkan kuali periuk baru beli
Sumber gambar : Share Masakan Share Respi – FB

Tips guna periuk kuali baru

Tips ini dikongsikan oleh seorang pengguna Fb yang bernama Siti Nurul Atikah via Mahn.

Mencuci periuk yang korang baru beli tu sangat penting ye. Jangan balik terus pakai.

  1. Pertama sekali korang tidak perlu basuh ke apa. Tanggalkan mana-mana sticker yang korang bencl tu.
  2. Kemudian, panaskan diatas dapur dan tambahkan sedikit sahaja minyak panas.
  3. Agak-agak panas dia sederhana, ambil tissue dan lap keseluruhan dalam periuk/kuali. Dari situ korang akan nampak kesan-kesan hitam macam minyak. Mungkin minyak mesin nak buat kuali tu.
  4. Seterusnya tambahkan air 3/4 daripada periuk dan biar ia mendidih seketika.
  5. Selepas mendidih, cucikan periuk seperti biasa dan periuk korang dan boleh digunakan dengan selamat.
Tips menghilangkan kesan sticker

Kesan gam sticker yang degil ditanggal membuatkan periuk korang lebih buruk bukan? Jika hanya menggunakan tangan atau air, kesan ini tidak akan dapat tanggal dengan mudah.

Terdapat satu cara untuk menghilangkan kesan gam sticker pada periuk dan kuali korang. Iaitu dengan menggunakan minyak masak!

Caranya anda hanya memerlukan tissue dapur yang agak tebal tu. Tuangkan sedikit minyak masak pada tissue dan tonyohkan pada gam sticker. Hasilnya pasti memuaskan hati.

Kenapa minyak masak senang untuk menghilangkan kesan gam sticker?

  1. Minyak masak mempunyai bahan yang mampu untuk melarutkan komponen gam.
  2. Minyak masak yang terkena haba dari kesan geseran mempercepatkan lagi kesan gam terang gam.

Terdapatt juga perkongsian daripada individu lain yang menggantikan minyak masak dengan minyak baby oil. Ia juga memberikan kesan yang sama dengan menggunakan minyak masak.

Selamat mencuba!

Baca juga :

Sumer info : https://siraplimau.com/cara-hilangkan-kesan-gam-sticker/, Tips sebelum guna periuk kuali baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like